Kucing bercakap

28 Oktober 2021

Korang masih ingat lagi tak kucing akak si Worange? Kucing yang pelik tapi benar.

Worange ni kan, dari kecil hingga dewasa memang suka bercakap. Vocabulary die banyak sebab macam-macam bunyi pelik keluar bila die bercakap, dan die tak mengiau macam kucing biasa. Terbukti sangat bila ada satu masa kami bawa die pegi ke klinik haiwan, veterinarian tu cakap kucing kami ni suka bercakap. ‘Wow, you have a talking cat!’ katanya. Entah ape yang die pi cerita kat vet tu pun tak tau la.. haha

Selalu kan time kami sekeluarga tengah rancak berborak, die pun sibuk nak bersuara jugak. Entah ape la yang die nak cerita tu. Jadi, setiap kali kami sedar yang die pun nak bercakap, kami senyap sekejap nak kasi can die bercakap. Yang peliknya, bila kami berhenti bercakap, die pun henti sama. Tak ke pelik tu? Apa yang kita buat, die pun nak ikut same.

Baru-baru ni time PKP, akak banyak la bekerja dari rumah, tak masuk ofis. Akak punya keje, biasalah.. banyak buat phone calls dan virtual meetings. Jadi, bila setiap kali akak buat phone call kan, akak tengah bercakap dengan klien, die pun sibuk nak bercakap juga. Sampai ada one time ni, klien akak tanye. ‘Anak kamu nak ape tu? Die lapar ke, nak susu ke?’ Akak tergelak dalam hati. Anak?? ‘Bukan anak.’ Jawab akak. ‘Ni anak kucing sibuk nak bercakap sama la.’ Klien akak tak percaya yang suara tu suara kucing sebab die ingat suara budak kecil. Adoi.. memang lawak. Berdekah-dekah akak gelak lepas letak telefon time tu. Hmm..patut nak bincang panjang pasal keje dah mengalih ke topik kucing bercakap pulak jadinya.. hihi

Ada satu masa ni, akak tengah dalam virtual meeting kat rumah. Setiap hari Isnin belah pagi memang ada sales meeting. Selalu sales meeting ni, bos besar jarang join tapi kali ni die join la pulak. So akak pun macam biasa, memulakan meeting tu dengan presentasi akak seperti biasa. Baru beberapa patah perkataan keluar dari mulut akak, si Worange tiba-tiba bersuara. Dah la bersuara kuat, die mintak duduk atas riba la pulak time tu. Tanpa permisi dan segan silu, die terus lompat atas riba akak. Skrin laptop akak abis penuh ngan muka si Worange. Bisik hati akak ‘Adoi kau ni kacau betul la.. orang nak meeting kau pun nak meeting jugak..’ Tiba-tiba, bos akak bersuara. ‘What’s going on? Is that your cat making that noise? ..and why is he on the screen?’ Adoi malunya akak depan colleagues akak, tambah pulak bos ada.. well, terpaksa la mengaku. ‘Yes boss, it’s my cat. Sorry about that.‘ Bos akak sambung lagi ‘Well, you better get rid of that cat now, otherwise you cant focus on your presentation…‘ Dengan nada tegas bos akak bersuara. Akak nampak beberapa colleague akak dah tekup muka tak tahan gelak. Akak pun alihkan la Worange ke tepi, hmphhh tapi tak jalan.. akhirnya akak terpaksa naik ke bilik atas dan kasi die kat suami akak. Suami akak macam tau-tau je ape dah jadi tadi.. Sebab die tak tanya ape pun cuma senyum kambing je. Jadi pas habis meeting tu akak pun cerita la kat suami akak. Die gelak aje.

Memang pelik keletah si Worange ni. Tapi sebab die la, hari-hari kami penuh warna dan jenaka. Tak kering gusi hari-hari. Takde la bosan sangat kat rumah kan, ade peneman setia yang kuat bercakap! 🙂

Perihal kucing

30 Mac 2021

Kak Jah dari kecik memang gemarkan kucing. Keluarga akak memang jenis penggemar kucing jadi dari kecik kami sentiasa dikelilingi dengan kucing. Kebanyakan kucing-kucing ni kucing datang, takde pemiliknya. Kami selalu kasi mereka makan akhirnya mereka terus menginap kat rumah kami, akhirnya terus kami jadikan ‘pet‘ kami.

Banyak sebenarnya kebaikan bela kucing ni. Kucing menjadi peneman kita kala kita sunyi dan adakah korang tau yang kucing ni ada sixth sense, mereka boleh baca energi-energi kita dan dalam persekitaran kita? So, kalau kita balik dari mana-mana dan membawa energi negatif, mereka akan bertindak agresif. Lagi satu, kucing boleh hidu bahaya yang mengundang dalam rumah kita, tu yang dorang selalu mengiau kala ada bahaya yang datang.

Kucing sangatlah territorial. Pantang kalau kucing lain datang kat kawasan mereka, pasti dorang agresif kat kucing tu dan halau mereka. Kadang tu kalau kucing lain kerap bertandang kat kawasan dorang, dorang akan mark territory dorang… Faham-faham la kan. Hehe.

Kucing juga terapi yang baik untuk orang yang ada masalah kemurungan atau depresi. Pesakit ni dibenarkan ditemani kucing mereka sesekali di hospital. Ianya boleh menceriakan mereka dan mengurangkan kemurungan mereka. Akak ada baca somewhere yang mengatakan orang yang bela kucing biasanya lebih sihat dan umur mereka lebih panjang dari umur orang biasa.

Kak Jah pernah bela kucing, macam-macam jenis dan warna pernah ada. Yang belang, oren, half Persian, kucing Siam pun pernah ada. Kebanyakan dari mereka ni kucing datang. Pernah ada suatu masa dulu, kami pernah ada sampai 21 ekor kucing. Tak sempat nak neuter asalnye, tu yang si betina dok beranak tak henti-henti. Masa tu, kami hanya mampu bela dalam 5 ekor je, yang lain kami donate kepada orang atau keluarga yang memerlukan teman hidup.

Korang pernah dengar tak orang tua-tua dulu selalu cakap yang kucing ni pembawa rezeki? Betul ke?

Yang penting, akak tau banyak kebaikan dari keburukan bela kucing ni. Sayangilah, jagalah dan lindungilah mereka kerana mereka ni pun makhluk Allah kan. Jangan lah sesekali kita bertindak kejam kat makhluk Tuhan ni.

Kucing teleportasi

20 Oktober 2020

Cerita kali ni ialah kesinambungan daripada cerita ‘kucing pelikku’. Worange sepertimana yang korang tau memang kucing yang pelik macam yang akak ceritakan.

Kisah teleportasi atau dalam bahasa Inggeris teleport ni terjadi masa kami sekeluarga mula-mula bela Worange. Masa tu umur die dah setahun. Worange ni dari mula lagi ada tabiat yang pelik. Die suka ikut orang ke dapur. Kalau kami nak masak ke, ambil air minuman ke die mesti nak ikut la. Kadang tu memang die nak mintak makan, tapi kadang tu saje nak menyibuk atau nak bermanja. Tapi kelebihan die teleportasi tu kami memang tak tau. Lepas 2 bulan bela Worange baru kami tau.

Jadi, pada suatu masa ni, akak tengah dok sibuk kat dapur nak masak. Worange datang dekat akak. Jadi akak berbual la dengan die sebab Worange ni memang suka berborak, tak macam kucing biasa. Talking cat la katakan yang macam akak cerita. Layan die kejap dalam beberapa minit, akak pun toleh dan sambung la keje kat dapur. Akak pusing balik nak tengok die, tapi dalam sekelip mata die hilang. Tak sampai 5 saat. ‘Ait ke mana pegi Worange ni? Pelik die tiba-tiba hilang.’ Bisik akak.

Akak pun pegi la ke ruang tamu cari die, tapi tak jumpe. Pegi pulak ke ruang die selalu lepak, pun takda. Pastu, pegi pulak ke bilik tidur kami. Akak jumpa die kat situ tengah dok elok je lepak dengan suami akak atas katil. Akak pun cerita kat suami akak. ‘Eh, cepatnye Worange ke sini. Baru kejap tadi die kat dapur. Takkan dalam sekelip mata dah sampai bilik? Pelik la.’ Suami akak gelak je. Die cakap ‘Ye la yang, abang pun ada perasan jugak yang Worange ni cepat hilang. Agaknye die pandai teleport kot!’ Kami berdua gelak je.

Suami akak pernah cerita yang die pun pernah kene yang sama. Suami akak tengah buat keje kat ruang tamu dan Worange datang dekat die. Jadi suami akak pun belai la die kejap. Belai punye belai sampai Worange terlena. Suami akak pun sambung buat keje. Masa tu Worange betul-betul depan die. Lepas beberapa minit, suami akak toleh ke Worange, die takde. Hilang! Rupenye die pegi ke dapur nak minum air. Tapi pelik sebab tak nampak langsung kelibat die berjalan ke dapur. Kucing sebesar Worange, kalau lalu depan kita, pasti akan nampak nye la.

Jadi, ini hipotesis kami. Worange ni bulu die memang banyak, tapak kaki die macam ada special padding la sebab banyak bulu. Bila die bergerak atau berlari memang tak dengar ape. Tapi takkan sepantas tu die pergi ke tempat lain. Pelik, memang pelik. Sampai hari ni kami tak tau macam mana die boleh hilang dan tiba-tiba muncul kat tempat lain.

Memang boleh teleportasi kot si Worange ni. Hehe

Ilustrasi oleh Arian