‘Guru disiplin adalah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di sekolah.’- diambil dari internet. Kisah kali ni mengimbau kembali zaman persekolahan masa sekolah dulu… kena denda ngan cikgu disiplin!
Masa akak sekolah rendah dulu, akak teringat ada la beberapa kali kena denda dari cikgu disiplin sebab datang lewat ke sekolah. Kalau sampai lebih 5 kali datang lewat, kena pegi menghadap cikgu disiplin yang bernama Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah ni garang dan tegas orangnya. Tau tak ape dendanya kalau datang lewat ke sekolah ? Kena ketuk ketampi 20 kali depan dewan masa perhimpunan. Dah la kena denda sebegitu rupa, malunya tak terkira. Yang datang lewat semua beratur panjang menghadap ke depan khalayak ramai kat dewan dan mula ketuk ketampi. Dah la kena buat serentak pulak tu. Kalau ada yang terlaju atau terlalu lembap, cikgu suruh ketuk ketampi sekali lagi. Kena synchronize katanya. Korang boleh bayangkan la berapa ramai murid yang gelak berdekah-dekah kat dalam dewan tu. Tiap-tiap minggu, ada je la murid yang kena ketuk ketampi sebab datang lewat. Jadi bahan hiburan pulak jadinya.. haha. Cikgu Hasnah selalu tekankan yang kita tidak boleh ambil ringan faktor kepentingan pengurusan masa dan ‘punctuality‘.
Akak dulu nakal jugak tau masa time sekolah menengah dulu. Akak selalu ponteng masuk ke sesi perhimpunan pagi-pagi di dewan. Perhimpunan tu dah la lama, meleret dan bosan, dok dengar pengetua membebel dan cikgu-cikgu berceramah, yang buat akak selalu ponteng tu. So, sebabkan ni la, selalu jugak kena tangkap ngan pengawas dan didenda sebab ponteng masuk perhimpunan. Dendanya tau ape tak? Kena lari kat padang, 2 pusingan besar kat padang yang sebesar-besar alam tu. Satu round je dah amik masa nak dekat 10 minit, ngan pakai uniform baju kurungnya lagi korang bayangkanlah. Sambil lari, sambil angkat kain sebab susah nak lari kan kalau pakai baju kurung. Nasib baik masuk all girls school, kalau tak.. naya la.. haha. Kalau time hari pakai baju PJ ok lagi. Berpeluh-peluh berlari, panas terik kadang tu lagi.. korang bayangkanlah. Hahahaha.
Ini diantara denda-denda lain yang dikenakan kalau langgar peraturan sekolah menengah atau rendah:
Budak lelaki yang bela rambut panjang lebih paras tengkuk – disebat dengan rotan sebanyak 3 kali
Murid yang ponteng sekolah atau tidak hadir kesekolah tanpa alasan muhasabah lebih 3 kali – masuk kelas detention
tak pakai tag nama – kutip sampah di persekiran sekolah
tak hadir latihan sukan – kena lari satu pusingan besar padang 5 kali
kasut kotor – kena bersihkan taman sekolah
Ini baru sikit ye, tu pun akak ingat-ingat lupa antara denda yang dikenakan. Ada yang kelakar dendanya, ada yang memalukan dan tak masuk akal pun ada. Tapi, apa boleh buat, denda terpaksa dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Denda ni sepatutnya mengajar kita agar lebih berdisiplin dan pandai menguruskan masa di mana-mana kita berada sebenarnya. Disiplin ni bukan takat kat sekolah je ya, bile dah habis sekolah pun disiplin tetap kena ada. Bila dah dewasa dan mula zaman pekerjaan, pun ada peraturan syarikat yang kita kena patuhi kan? Kena masuk kerja on time, tak boleh missing in action dan macam-macam lagi.
Jadi, kesimpulannya, ada banyak kebaikan dan kepentingan disiplin untuk diri kita ni. Ianya mengajar kita agar menjadi manusia yang lebih berhemah, professional dan berakhlak mulia. Sekian.. 🙂