
Korang masih ingat lagi tak kucing akak si Worange? Kucing yang pelik tapi benar.
Worange ni kan, dari kecil hingga dewasa memang suka bercakap. Vocabulary die banyak sebab macam-macam bunyi pelik keluar bila die bercakap, dan die tak mengiau macam kucing biasa. Terbukti sangat bila ada satu masa kami bawa die pegi ke klinik haiwan, veterinarian tu cakap kucing kami ni suka bercakap. ‘Wow, you have a talking cat!’ katanya. Entah ape yang die pi cerita kat vet tu pun tak tau la.. haha
Selalu kan time kami sekeluarga tengah rancak berborak, die pun sibuk nak bersuara jugak. Entah ape la yang die nak cerita tu. Jadi, setiap kali kami sedar yang die pun nak bercakap, kami senyap sekejap nak kasi can die bercakap. Yang peliknya, bila kami berhenti bercakap, die pun henti sama. Tak ke pelik tu? Apa yang kita buat, die pun nak ikut same.
Baru-baru ni time PKP, akak banyak la bekerja dari rumah, tak masuk ofis. Akak punya keje, biasalah.. banyak buat phone calls dan virtual meetings. Jadi, bila setiap kali akak buat phone call kan, akak tengah bercakap dengan klien, die pun sibuk nak bercakap juga. Sampai ada one time ni, klien akak tanye. ‘Anak kamu nak ape tu? Die lapar ke, nak susu ke?’ Akak tergelak dalam hati. Anak?? ‘Bukan anak.’ Jawab akak. ‘Ni anak kucing sibuk nak bercakap sama la.’ Klien akak tak percaya yang suara tu suara kucing sebab die ingat suara budak kecil. Adoi.. memang lawak. Berdekah-dekah akak gelak lepas letak telefon time tu. Hmm..patut nak bincang panjang pasal keje dah mengalih ke topik kucing bercakap pulak jadinya.. hihi
Ada satu masa ni, akak tengah dalam virtual meeting kat rumah. Setiap hari Isnin belah pagi memang ada sales meeting. Selalu sales meeting ni, bos besar jarang join tapi kali ni die join la pulak. So akak pun macam biasa, memulakan meeting tu dengan presentasi akak seperti biasa. Baru beberapa patah perkataan keluar dari mulut akak, si Worange tiba-tiba bersuara. Dah la bersuara kuat, die mintak duduk atas riba la pulak time tu. Tanpa permisi dan segan silu, die terus lompat atas riba akak. Skrin laptop akak abis penuh ngan muka si Worange. Bisik hati akak ‘Adoi kau ni kacau betul la.. orang nak meeting kau pun nak meeting jugak..’ Tiba-tiba, bos akak bersuara. ‘What’s going on? Is that your cat making that noise? ..and why is he on the screen?’ Adoi malunya akak depan colleagues akak, tambah pulak bos ada.. well, terpaksa la mengaku. ‘Yes boss, it’s my cat. Sorry about that.‘ Bos akak sambung lagi ‘Well, you better get rid of that cat now, otherwise you cant focus on your presentation…‘ Dengan nada tegas bos akak bersuara. Akak nampak beberapa colleague akak dah tekup muka tak tahan gelak. Akak pun alihkan la Worange ke tepi, hmphhh tapi tak jalan.. akhirnya akak terpaksa naik ke bilik atas dan kasi die kat suami akak. Suami akak macam tau-tau je ape dah jadi tadi.. Sebab die tak tanya ape pun cuma senyum kambing je. Jadi pas habis meeting tu akak pun cerita la kat suami akak. Die gelak aje.
Memang pelik keletah si Worange ni. Tapi sebab die la, hari-hari kami penuh warna dan jenaka. Tak kering gusi hari-hari. Takde la bosan sangat kat rumah kan, ade peneman setia yang kuat bercakap! 🙂