Kak Jah memang dari kecik suka bela kucing.
Nama kucing akak Worange. Umur die sekarang dah 4 tahun. Asalnye, nama die Orange sebab bulu die warna oren. Anak akak, Mimi, time tu die pelat sikit, die panggil kucing akak Worange. Sampai hari ni la melekat nama tu.
Worange ni memang pelik. Dari kecik kami bela dah terserlah kepelikannya. Worange ni ala2 kucing mat saleh. Maklumlah bulu pun tebal macam kucing Persian gitu. Selera makan pun tak tumpah macam mat saleh. Die suka makan biskut kucing, ayam rebus dan ikan Tuna sahaja. 2 kali seminggu die akan mintak ayam rebus, kalau tak, die memang takmau makan. Letak la biskut, die tengok je tak usik langsung. Ngada kan? Haha.
Worange sangat berdisiplin dan gemarkan rutin. Kalau waktu pagi die la yang kejutkan kami. Bunyi bising die mengiau pun macam bunyi alarm dah. Worr Worr Worr!! Lebih kurang gitu la bunyinya. Worange tak meow macam kucing biasa. Bunyi die ada pelbagai. Kadang bunyi macam burung, monyet, kadang tu macam bunyi ayam pun ada. Pernah suatu masa, doktor klinik haiwan yang kami biasa hantar, pernah cakap Worange ni jenis suka bercakap, tu sebab vocal range die besar. Macam2 bunyi die bole buat. Hebat Worange kan..serba boleh! Hehe
Kalau waktu malam pulak, die akan bising kalau kami tak naik tido jam 9 malam. Macam die tau2 je timing nak tido kan. Memang pelik. Biasa weekend kami tido agak lewat sket la, dalam jam 10 lebih camtu. Ohh… die dah start bising dah non stop.
Masa tahun lepas, Worange melalui satu fasa pelik dalam hidup die. Tiap2 tengah malam, keje die dok mencakar pintu bilik tido kami. Kalau sekali takpe, banyak kali pulak tu. Nak ajak main. Kami laki bini nak dekat 2 bulan tak cukup tido sebab tido asik terganggu. Dah macam mak bapak jaga bayi tengah malam! Macam2 cara kami dah usaha nak hentikan tabiat pelik die. Tak berjaya.
So, one day kami berjaya hentikan tabiat pelik Worange. Tu pun setelah berbulan2 research. Kami buatkan special corner untuk Worange tido, lepak dan main. Start hari tu die dah tak kacau kami tido malam lagi. Mungkin tu yang die nak sebenarnya, bilik tido sendiri kot! Haha.
Kami sekeluarga memang sayangkan Worange walaupun die sangat pelik. Kalau takde die, sunyi la hidup kami sekeluarga. Moga Tuhan panjangkan umur Worange dan beri die kesihatan yang baik. 🙂
Ilutrasi oleh Arian
(selanjutnya…)Dalam banyak-banyak binatang binatang apakah yang anda paling geli? Jawapan akak ialah segala spesis binatang yang berongga, berkulit dan berbadan lembut dan melekit-lekit contohnya cicak, ulat, cacing, beluncas dan seangkatan dengannya. Spesis yang bersisik macam ular, akak ok je sebab kulit die keras dan badan die tak lembut. Pelik kan.. tapi benar.
Ada la suatu pagi ni kan, akak ngan suami pegi beli barang runcit kat supermarket dekat ngan rumah kami. Pas settle shopping barang, akak pun berjalan balik ke arah kereta. Suami akak pegi bayar tiket parking.
Sampai-sampai je kereta, akak letak barang dulu dalam but kereta, pas tu bukak pintu nak duduk dalam kereta sementara tunggu suami akak.
Baru je hempas punggung kat seat kereta, akak tetiba terpaku sejenak.. ternampak kelibat benda Allah yang tengah elok lepak atas dashboard kereta kami. Cicak tu pandang je ke arah akak dengan mata die yang besar, hitam dan bulat. Cicak ni pelik, kulit die ada belang hitam, cicak hutan barangkali.
Akak dengan pantas terus keluar kereta. Akak terus pergi ke arah suami akak yang baru je selesai bayar parking. Akak pun cerita la kat dia. ‘Bang, ada cicak dalam kereta kita bang. Die dok relax atas dashboard kereta kita. Macam mane ni bang? ‘ Cara akak cerita penuh ekspresi macam masalah negara betul. Suami akak gelak je dan macam tak heran langsung keletah akak yang tengah panic tu. ‘La.. cicak je.. bukannya ular pun.. Takyah takut la! Jom pegi kereta. Abang tau la apa nak buat.’ Itu je jawabnya? Hmpphh tak bersimpati langsung.. haha!
Sesampai je kereta, suami akak bukak pintu kereta, dan jenguk-jenguk dashboard kereta, lepas tu die bukak semua pintu kereta. Akak jadi tambah risau. ‘Napa bang? Cicak tu dah hilang ke?’ Suami akak angguk kepala dan signal akak suruh akak diam. Lama die dok cari cicak tu sampai bawah kereta masih tak jumpa-jumpa.
Suami akak suruk akak masuk balik kereta. ‘Jah, tak jumpe la cicak tu. Kita balik je la. Nanti sampai rumah abang cari lagi. Cicak tu tengah takut tu.. pasti die tengah nyorok kat dalam kereta ni.’ Akak takut nak masuk balik. Akak cakap ‘Takut la bang, kang tetiba dia keluar pulak! lepas tu Jah panic, Jah jerit, pas tu abang pulak terkejut, bahaya.. nanti kang accident! Tak mau tak mau!’ Suami akak bengang je.. ‘Ok la ok la.. kita tunggu je la nampaknya..’ jawabnya.
Pas 20 minit, tiba-tiba, cicak tu merangkak keluar perlahan-lahan dari mana entah pegi dekat ngan dashboard kereta. Pelik! Dari mana die keluar tu, tetiba je muncul. ‘Cicak ni pandai teleport la agaknya Yang! Hahahaha!’ Suami akak gelak sarcastic. Suami akak pun pegi halau cicak tu keluar kereta. Alhamdulillah selesai masalah negara kami hehe. Hari tu punya plan nak masak lunch pun terkubur je la. Mana tak nye, masa lama habis.. cicak nye pasal! Akhirnya laki bini pegi makan ayam ‘ke-ep-ci’ je la.
Cicak oh cicak.
Al kisah suatu pagi, dalam perjalanan akak nak ke bank..
Ni nak bagi tau ni. Dua benda yang Kak Jah paling tak suka? Pegi bank dan isi minyak. Biasa kalau nak pegi bank, memang keesokan pagi nye la baru terkaboot-kaboot nak pegi. Standard la babe! Makcik Kaboot. Memang begitu la.
Jadi, ceritanya, akak pagi tu drive kereta sambil dengar lagu-lagu 80-an (lagu peberet den) dalam perjalanan nak ke bank. Akak dengan konfidennya drive tanpa memikir apa-apa kejadian pelik yang akan berlaku. Sampai je depan bank, dengan nasib baik kali ni, dapat parking spot sederet dengan bank. Cantik la.. Sebelum keluar kereta, cam biasa la, akak akan jenguk-jenguk luar kete, kiri, kanan, belakang kereta, ye la check la, kot-kot ade kelibat benda tu la kan. Ok line clear.. macam takde je. Ok la. Akak pun bukak la pintu kereta. Bukak-bukak je, terkejut ok sebab ternampak seekor anjing hitam duduk bawah kereta sebelah akak. Yang peliknye, anjing tu nampak akak terkejut, die pun terkejut same! Akak jerit ‘Ahhhh!’ Anjing tu jerit ‘Ukk!’ Macam tu la lebih kurang bunyinye. Akak pun ape lagi, dengan pantas, tutup balik pintu kereta. ‘Aku ni dah la lambat nak pegi keje, adoi macam mane ni..’ Bisik hati akak. Akak pelik la, kenapa ade je kelibat ‘best friend’ akak ni menemani. Ya Allah, dugaan.
Jadi, akak pun tunggu je la dalam kereta sampai anjing tu beredar. Siap berdoa lagi. ‘Pegi la kau anjing, pegi la kau anjing, aku dah lambat nak gi keje ni!’ Akak pun kejap-kejap hidup dan matikan enjin kereta sebab nak rasa aircond. Ye la, panas babe lame sangat duduk dalam kereta! Setiap 2-3 min, intai luar tingkap kereta kot-kot anjing tu dah cabut. Nak dekat 30 minit jugak akak menunggu macam bangak je dalam kete.. sebab takut anjing nye pasal..
Penungguan sekian lama akhirnya berakhir. Akak terdengar bunyi tik-ke-tik, bunyi orang tekan butang kunci kete. Fuhhhh alhamdulillah. Nasib baik, rupanya orang sebelah kereta akak yang ade anjing tu, nak beredar dah.. Anjing tu terkedek-kedek keluar dari bawah kereta bila lelaki tersebut start enjin kereta. Selepas tu, die lalu depan kereta akak ke arah kaki lima kedai sambil jenguk-jenguk kat akak. Pelik, macam die tau sesuatu. Adakah die tau akak takut anjing atau die nampak gelagat kebodohan manusia yang fobia anjing tadi? Ataupun anjing tu yang sebenarnya takut kat manusia? 🙂
Ilutrasi oleh Arian