Kak Jah dari kecik memang gemarkan kucing. Keluarga akak memang jenis penggemar kucing jadi dari kecik kami sentiasa dikelilingi dengan kucing. Kebanyakan kucing-kucing ni kucing datang, takde pemiliknya. Kami selalu kasi mereka makan akhirnya mereka terus menginap kat rumah kami, akhirnya terus kami jadikan ‘pet‘ kami.
Banyak sebenarnya kebaikan bela kucing ni. Kucing menjadi peneman kita kala kita sunyi dan adakah korang tau yang kucing ni ada sixth sense, mereka boleh baca energi-energi kita dan dalam persekitaran kita? So, kalau kita balik dari mana-mana dan membawa energi negatif, mereka akan bertindak agresif. Lagi satu, kucing boleh hidu bahaya yang mengundang dalam rumah kita, tu yang dorang selalu mengiau kala ada bahaya yang datang.
Kucing sangatlah territorial. Pantang kalau kucing lain datang kat kawasan mereka, pasti dorang agresif kat kucing tu dan halau mereka. Kadang tu kalau kucing lain kerap bertandang kat kawasan dorang, dorang akan mark territory dorang… Faham-faham la kan. Hehe.
Kucing juga terapi yang baik untuk orang yang ada masalah kemurungan atau depresi. Pesakit ni dibenarkan ditemani kucing mereka sesekali di hospital. Ianya boleh menceriakan mereka dan mengurangkan kemurungan mereka. Akak ada baca somewhere yang mengatakan orang yang bela kucing biasanya lebih sihat dan umur mereka lebih panjang dari umur orang biasa.
Kak Jah pernah bela kucing, macam-macam jenis dan warna pernah ada. Yang belang, oren, half Persian, kucing Siam pun pernah ada. Kebanyakan dari mereka ni kucing datang. Pernah ada suatu masa dulu, kami pernah ada sampai 21 ekor kucing. Tak sempat nak neuter asalnye, tu yang si betina dok beranak tak henti-henti. Masa tu, kami hanya mampu bela dalam 5 ekor je, yang lain kami donate kepada orang atau keluarga yang memerlukan teman hidup.
Korang pernah dengar tak orang tua-tua dulu selalu cakap yang kucing ni pembawa rezeki? Betul ke?
Yang penting, akak tau banyak kebaikan dari keburukan bela kucing ni. Sayangilah, jagalah dan lindungilah mereka kerana mereka ni pun makhluk Allah kan. Jangan lah sesekali kita bertindak kejam kat makhluk Tuhan ni.