Kelate English

Zaman sekolah | 24 Mac 2022

Korang mesti ada kawan-kawan yang asalnya dari negeri Kelantan kan. Dorang ni tak biasa berbahasa Inggeris, jadi bila cakap bahasa Inggeris atau ‘kecek luar’ katanya, ada slang-slang kelate gitu… hehe

Akak teringat masa kat uni, ada la beberapa course mate akak yang asal dari Kelantan. Kadang tu nak buat kita paham ape maksud die, memang payah. Cakap melayu pun payah nak paham, kalau English lagi la kan. Bila lama-lama bersama ngan dorang ni, baru la akak boleh faham kepayahan mereka berbahasa di negeri orang. Walaubagaimanapun, bila akak lama-lama bersama dengan mereka, boleh la pick up sikit apa yang sebenarnya mereka nak sampaikan.

Kisah pertama

Kawan saya : Madam, I dono how to do the asaingmeng. Keng you explaing plih.

Lecturer Z: Sorry, what was your question? I don’t quite get that.

Kawan saya: Allah, lagu mano nok wak madam pehe ni..? Saya tera semula deh. I dono how to do the asaingmeng. asaignmeng…

Lecturer Z: Oh you mean assignment ya? Oh hahha! Pardon me, I really don’t get what you’re trying to say just now my dear. Ok let me explain….

Kisah kedua

Kawan saya: Mek, mu nok make mano lunch hari ni?

Kak Jah: Tak tau la.. hmm tak kisah la, mana-mana pun ok je.

Kawan saya: Ok la lagu tu.. Make mekdono nok?

Kak Jah: Huh? Makan ape? Kat mana? Saya tak faham.

Kawan saya: rhoyak doh keh… mekdono la.. mekdono.. pehe dok?

Kak Jah: ape tu? mekdono tu ape? ‘Mek don’t know‘ ke maksud mek?

Kawan saya: Bukehhh.. mekdono la.. ado burger, fraih.. tau dok?

Kak Jah: la.. maksud kau Mekdi ke Mc…..?

Kawan saya: haaa.. panda pung..hahaha

Kami berdua tergelak bersama. Kelakar pun ada, kesian kat kawan pun ada, susah benar die nak buat akak paham..hehe

Kisah ketiga

Lecturer Z: Do you know what would happen to a metal rod when overheated?

Kawan saya: Sir, i know. Behkok.

Lecturer Z: Bay what?

Kawan saya: Behkok.. behkok.

Lecturer Z: I don’t quite get that. Can you say that again? Bay what?

Kawan saya: Allahu.. lagu mano nok explaing ni.. The metal bar be behkok, sir.

Lecturer Z masih tak faham jadi kawan akak Rina pun bantulah…

Rina: Sir, what my friend meant to say is that the metal bar would be bent. Bengkok is bent.

Lecturer Z: Ohh! Bengkok. Now I get it. I’m so sorry. hehe

Kisah keempat

Lecturer Z ternampak kawan akak ni masuk lewat ke kelas dan dia selambe masuk kelas ikut belakang kelas.

Lecturer Z: Hey abe! What are you late to my class?

Kawan saya: Oh I’m sorry sir. I overslek lah. Lah night, i hek to finih my work.

Lecturer Z: Abe, I don’t have a clue what you’re saying. Mind explain that again?

Kawan saya: I overslek sir, sorry.

Lecturer Z: Over what? slack? Why do you have to mention about slack? You’re slacking you mean?

Kawan saya: ah alamak. Slacking gapo ? Sir, I dong understang what you say.

Akak pun bantu la kawan ni sebab akak faham apa yang kawan akak ni maksudkan.

Kak Jah: Sir, what abe means to say that he is sorry for being late as he overslept this morning.

Satu kelas bantai gelak.. lama betul sesi nok pehe apo abe wang to say why he was late. 🙂

Cikgu disiplin

Zaman sekolah | 27 Februari 2022

‘Guru disiplin adalah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di sekolah.’- diambil dari internet. Kisah kali ni mengimbau kembali zaman persekolahan masa sekolah dulu… kena denda ngan cikgu disiplin!

Masa akak sekolah rendah dulu, akak teringat ada la beberapa kali kena denda dari cikgu disiplin sebab datang lewat ke sekolah. Kalau sampai lebih 5 kali datang lewat, kena pegi menghadap cikgu disiplin yang bernama Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah ni garang dan tegas orangnya. Tau tak ape dendanya kalau datang lewat ke sekolah ? Kena ketuk ketampi 20 kali depan dewan masa perhimpunan. Dah la kena denda sebegitu rupa, malunya tak terkira. Yang datang lewat semua beratur panjang menghadap ke depan khalayak ramai kat dewan dan mula ketuk ketampi. Dah la kena buat serentak pulak tu. Kalau ada yang terlaju atau terlalu lembap, cikgu suruh ketuk ketampi sekali lagi. Kena synchronize katanya. Korang boleh bayangkan la berapa ramai murid yang gelak berdekah-dekah kat dalam dewan tu. Tiap-tiap minggu, ada je la murid yang kena ketuk ketampi sebab datang lewat. Jadi bahan hiburan pulak jadinya.. haha. Cikgu Hasnah selalu tekankan yang kita tidak boleh ambil ringan faktor kepentingan pengurusan masa dan ‘punctuality‘.

Akak dulu nakal jugak tau masa time sekolah menengah dulu. Akak selalu ponteng masuk ke sesi perhimpunan pagi-pagi di dewan. Perhimpunan tu dah la lama, meleret dan bosan, dok dengar pengetua membebel dan cikgu-cikgu berceramah, yang buat akak selalu ponteng tu. So, sebabkan ni la, selalu jugak kena tangkap ngan pengawas dan didenda sebab ponteng masuk perhimpunan. Dendanya tau ape tak? Kena lari kat padang, 2 pusingan besar kat padang yang sebesar-besar alam tu. Satu round je dah amik masa nak dekat 10 minit, ngan pakai uniform baju kurungnya lagi korang bayangkanlah. Sambil lari, sambil angkat kain sebab susah nak lari kan kalau pakai baju kurung. Nasib baik masuk all girls school, kalau tak.. naya la.. haha. Kalau time hari pakai baju PJ ok lagi. Berpeluh-peluh berlari, panas terik kadang tu lagi.. korang bayangkanlah. Hahahaha.

Ini diantara denda-denda lain yang dikenakan kalau langgar peraturan sekolah menengah atau rendah:

Budak lelaki yang bela rambut panjang lebih paras tengkuk – disebat dengan rotan sebanyak 3 kali

Murid yang ponteng sekolah atau tidak hadir kesekolah tanpa alasan muhasabah lebih 3 kali – masuk kelas detention

tak pakai tag nama – kutip sampah di persekiran sekolah

tak hadir latihan sukan – kena lari satu pusingan besar padang 5 kali

kasut kotor – kena bersihkan taman sekolah

Ini baru sikit ye, tu pun akak ingat-ingat lupa antara denda yang dikenakan. Ada yang kelakar dendanya, ada yang memalukan dan tak masuk akal pun ada. Tapi, apa boleh buat, denda terpaksa dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Denda ni sepatutnya mengajar kita agar lebih berdisiplin dan pandai menguruskan masa di mana-mana kita berada sebenarnya. Disiplin ni bukan takat kat sekolah je ya, bile dah habis sekolah pun disiplin tetap kena ada. Bila dah dewasa dan mula zaman pekerjaan, pun ada peraturan syarikat yang kita kena patuhi kan? Kena masuk kerja on time, tak boleh missing in action dan macam-macam lagi.

Jadi, kesimpulannya, ada banyak kebaikan dan kepentingan disiplin untuk diri kita ni. Ianya mengajar kita agar menjadi manusia yang lebih berhemah, professional dan berakhlak mulia. Sekian.. 🙂

Lori terlajak

Pengalaman hidup | 15 Disember 2021

Kisah kali ni memang pelik, kelakar tapi benar. Kak Jah tak pasti kalau korang pernah melalui pengalaman sebegini.

Keluarga akak tinggal di kawasan perumahan ‘gated community‘ di Shah Alam. Pagi-pagi kami pada setiap minggu sentiasa diuji dengan kehadiran dan kemelut lori terlajak. Korang mesti tak faham kan apa yang akak maksudkan. Well, beginilah ceritanya.

Lori terlajak ni akan datang ke kawasan rumah kami sebanyak tiga kali seminggu untuk mengambil sampah-sampah di kejiranan kami. Datangnya sesuka hati, kadang sebelum Subuh, tengah hari dan kadang tu nak dekat Maghrib baru datang.

Hairan betul. Sudah kami luahkan pada pihak yang berkuasa, akan tetapi tiada tindakan pun yang diambil. Timing lari kami boleh bersabar lagi, tapi yang kami tak tahan tu dah la mereka datang sesuka hati tak kira masa, drebar lori memandu lori laju sangat pulak tu. Kami laki bini selalu kelam kabut dan terpaksa bergegas ambil sampah untuk dibawa ke depan rumah kami. Paling tak tahan, kami banyak kali terpaksa berlari mengejar lori tu, dengan plastik sampah ye dalam tangan! Ada satu masa ni, akak terpaksa menjerit ‘woi tunggu tunggu!’ sebab lori tu dah terlajak sangat. Masa tu akak nampak jiran sebelah rumah pun berlari sama kejar lori sampah tu. Dia pun kelewatan jugak la tu. Kami berdua tergelak-gelak sama sambil menyumpah-nyumpah sebab tak puas hati. Haha!

Memang tak patut la. Dah la datang tak tentu masa, paling-paling drebar lori tu patut pandu la perlahan sedikit agar kami tak kelam kabut. Aduhai. Ni la kisah kami. Minggu depan terpaksa hadap lagi dilema yang sama – dilema lori terlajak! Sampai bila kemelut ni akan berakhir pun tak tahu la ya.

Sekian.