Pantun kaboot

Pengalaman hidup | 17 November 2021

Masuk ke hutan terjumpa rusa,

Elok melepak di tepi sungai,

Mulut yang bisa akan binasa,

Jagalah diri, hati dan perangai.

Masuk ke pekan bersama ayah,

Hendak membeli alatan pejabat,

Jangan dikira penat dan lelah,

Agar berjaya dunia akhirat.

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Kawan yang baik susah dicari,

Yang senang ku jumpa kuat tembelang.

Gendang gendut tali kecapi,

Tali rafia berjuntai-juntai,

Perit hidup harus kita hadapi,

Agar impian akan tercapai.

Kucing bercakap

Perihal haiwan | 28 Oktober 2021

Korang masih ingat lagi tak kucing akak si Worange? Kucing yang pelik tapi benar.

Worange ni kan, dari kecil hingga dewasa memang suka bercakap. Vocabulary die banyak sebab macam-macam bunyi pelik keluar bila die bercakap, dan die tak mengiau macam kucing biasa. Terbukti sangat bila ada satu masa kami bawa die pegi ke klinik haiwan, veterinarian tu cakap kucing kami ni suka bercakap. ‘Wow, you have a talking cat!’ katanya. Entah ape yang die pi cerita kat vet tu pun tak tau la.. haha

Selalu kan time kami sekeluarga tengah rancak berborak, die pun sibuk nak bersuara jugak. Entah ape la yang die nak cerita tu. Jadi, setiap kali kami sedar yang die pun nak bercakap, kami senyap sekejap nak kasi can die bercakap. Yang peliknya, bila kami berhenti bercakap, die pun henti sama. Tak ke pelik tu? Apa yang kita buat, die pun nak ikut same.

Baru-baru ni time PKP, akak banyak la bekerja dari rumah, tak masuk ofis. Akak punya keje, biasalah.. banyak buat phone calls dan virtual meetings. Jadi, bila setiap kali akak buat phone call kan, akak tengah bercakap dengan klien, die pun sibuk nak bercakap juga. Sampai ada one time ni, klien akak tanye. ‘Anak kamu nak ape tu? Die lapar ke, nak susu ke?’ Akak tergelak dalam hati. Anak?? ‘Bukan anak.’ Jawab akak. ‘Ni anak kucing sibuk nak bercakap sama la.’ Klien akak tak percaya yang suara tu suara kucing sebab die ingat suara budak kecil. Adoi.. memang lawak. Berdekah-dekah akak gelak lepas letak telefon time tu. Hmm..patut nak bincang panjang pasal keje dah mengalih ke topik kucing bercakap pulak jadinya.. hihi

Ada satu masa ni, akak tengah dalam virtual meeting kat rumah. Setiap hari Isnin belah pagi memang ada sales meeting. Selalu sales meeting ni, bos besar jarang join tapi kali ni die join la pulak. So akak pun macam biasa, memulakan meeting tu dengan presentasi akak seperti biasa. Baru beberapa patah perkataan keluar dari mulut akak, si Worange tiba-tiba bersuara. Dah la bersuara kuat, die mintak duduk atas riba la pulak time tu. Tanpa permisi dan segan silu, die terus lompat atas riba akak. Skrin laptop akak abis penuh ngan muka si Worange. Bisik hati akak ‘Adoi kau ni kacau betul la.. orang nak meeting kau pun nak meeting jugak..’ Tiba-tiba, bos akak bersuara. ‘What’s going on? Is that your cat making that noise? ..and why is he on the screen?’ Adoi malunya akak depan colleagues akak, tambah pulak bos ada.. well, terpaksa la mengaku. ‘Yes boss, it’s my cat. Sorry about that.‘ Bos akak sambung lagi ‘Well, you better get rid of that cat now, otherwise you cant focus on your presentation…‘ Dengan nada tegas bos akak bersuara. Akak nampak beberapa colleague akak dah tekup muka tak tahan gelak. Akak pun alihkan la Worange ke tepi, hmphhh tapi tak jalan.. akhirnya akak terpaksa naik ke bilik atas dan kasi die kat suami akak. Suami akak macam tau-tau je ape dah jadi tadi.. Sebab die tak tanya ape pun cuma senyum kambing je. Jadi pas habis meeting tu akak pun cerita la kat suami akak. Die gelak aje.

Memang pelik keletah si Worange ni. Tapi sebab die la, hari-hari kami penuh warna dan jenaka. Tak kering gusi hari-hari. Takde la bosan sangat kat rumah kan, ade peneman setia yang kuat bercakap! 🙂

Dugaan bulan puasa

Riuh Raya | 27 April 2021

Korang mesti ada kenangan waktu berpuasa masa kecik-kecik dulu kan. Puasa masa zaman hingusan ni pasti banyak dugaannya, terutama bila iman belum nak cukup kuat ye tak.. budak-budak la katakan.. hehe

Teringat Kak Jah masa kecik-kecik dulu, peristiwa ni masa akak baru umur 8 tahun tak silap. Masa tu baru belajar puasa penuh. Sebelum tu puasa separuh hari je. Memang perit sangat puasa penuh masa tu, dugaaan perghhh.. bertubi-tubi kadang.

Pagi hari ke 5 puasa, jam 5 pagi, akak bangun sahur macam biasa. Makan tak berapa nak lalu sangat, tapi akak gagahkan diri jugaklah. Taknak kalah tu..excited nak puasa kan. ‘Makan sampai kenyang, nanti kang kau lapar nanti’ bilang mak. Akak akur je la. Walau takda selera makan, akak telan jugak la. Satu suap, tolak ngan air, sat suap tolak ngan air. Begitulah caranya nak elakkan muak makan dan selera yang memang kurang.

Akak pegi sekolah cam biasa hari tu. Sesampai di sekolah, akak masuk ke kelas. Waktu kelas pertama, akak boleh tahan lagi. Masuk jam 10 pagi, perutku berkeroncong. Peritnya tak tertahan. Dalam hati berbisik.. ‘Ni kalau perkena teh-o ais ngan nasi lemak, best ni.’ Perut tengah lapar kan, macam-macam idea datang ke minda. Oh dugaan. Akak gagahkan diri cuba sedaya upaya untuk fokuskan diri dan kuatkan semangat, walaupun perut kelaparan.

Sekolah habis jam 12 tengah hari, akak tunggu bas tiba seperti biasa. Hari tu pulak, punyalah panas, berpeluh-peluh akak. Tekakku terasa sangatlah dahaga..omg. Masa dalam perjalanan van ke rumah, ada la lalu kawasan perumahan dan kedai-kedai. Tiba-tiba mataku terpaku ke arah billboard ‘cola‘ tepi jalan yang sungguh indah dimataku kala itu. Air ‘cola’ tu nampak sungguh menyedapkan. Sekali lagi perutku berdendang. ‘Alahai.. time ni pulak aku tertengok billboard ni, kenapalah.. dah la aku haus sangat!’ bisik hatiku.

Sesampai je di rumah, akak masuk bilik, tukar baju dan terus mandi untuk segarkan badan. Akak berehat seketika dan pejamkan mata.. lepas tu langsung terlelap. Akak tetiba terjaga jam 5 petang masa tu. ‘Alamak, harap tak terlambat untuk tengok kartun kegemaranku. Masa tu kartun ‘Jem’ jam 5 petang. Akak berlari kearah televisyen. Walau 5 minit lewat, akak gembira juga dapat tengok karun peberet akak. Korang faham-faham je la, time bulan Ramadhan, memang banyak iklan kan. Pas satu satu iklan keluar, elok pulak, semuanya iklan restoran, makanan dan minuman. Sekali lagi imanku tergugat big time. Lepas habis je kartun jam 5.30 petang, akak nekad nak bukak puasa dan tak kira dah masa tu.

Akak pergi ke arah mak. ‘Mak, Jah nak buka puasa la.. tak tahan la.. sakit perut.. dan haus sangat ni!’ kata akak. Mak bilang ‘Ya rabhi… sikit je lagi ni. tinggal beberapa jam je lagi ni. Tahan la sikit.’ Akak bilang ‘Ala mak.. Jah memang dah betul-betul tak larat ni.. bolehlah mak.’ Mak pulak masa tu elok tengah masak juadah tuk buka puasa, memang lagilah tak tahan. Last-last mak mengalah dan benarkan akak buka puasa. ‘Kali ni aje, lepas ni jangan tinggal lagi!’ Bilang mak. Akak terus teguk air kosong 3 gelas. Alangkah leganya.. puas betul dapat minum air.

Begitulah antara dugaan buka puasa. Bila pikir-pikir balik, menyesal pun ada, kelakar pun ada. 2 jam je lagi kot nak buka puasa, boleh terpedaya dengan idea di kepala dan iklan-iklan yang melemahkan imanku. Akak ada banyak lagi cerita masa bulan puasa zaman kecik-kecik, nantikan ya. Selamat berpuasa semua!