Kisah MekDi

Pengalaman hidup | 25 Jun 2020

Akak masih tak faham kenapa akak selalu lupa nak keluar duit kat bank. Oh lupa.. akak kan Makcik Kaboot!

Peristiwa kaboot ni terjadi lebih 10 tahun yang lalu..

Pada hari itu, lepas habis meeting, akak pegi la ke MekDi nak lunch. Akak sorang je masa tu. Akak jarang makan kat sini, sekali sekala teringin la jugak kan. So, hari tu, hari teringin akak hehe.

So bile sampai je MekDi, akak pun queue la. Hari tu, queue punyalah panjang.. mak ai.. ok takpe teringin nye pasal, sanggup la beratur menunggu turn. Sabar kan separuh daripada iman. Ni practice kesabaran yang terbaik la ni!

Bila sampai akak nye turn, akak pun orderlah set burger. Pas order, masa nak bayar kan, akak bukaklah beg duit.. jeng jeng jeng.. ade RM 2 je dalam beg duit tu!!! Adoi.. seram sejuk menyelubungi jiwaku. Akak terkedu kejap sambil berbisik dalam hati ‘Kenapalah ini terjadi kepada diriku? Kenapa lah kenapa??

Dengan tersenyum-senyum kambing, akak cakap kat budak kat counter tu ‘Maaf dik, akak tak cukup cash pulak, akak datang balik bole kan? Nak keluar duit kat ATM kejap.’ Budak tu bole pulak jawab ‘Apa? Akak tak de duit nak bayar? Alamak.. oklah akak datang balik bayar, pas tu baru saya kasi makanan ni. Korang bole bayangkanlah perasaan akak masa tu. Punye la malu bercampur geram, marah pun ada kat budak sengal ni. Suara die pun bukan nye kecik ye, agak kuatlah die cakap masa tu. Punyela tak pandai cover malu akak.. omg! Whathefish la!

Akak pun pegi la ke bank keluar duit, pas tu pegi balik MekDi untuk bayar makanan. Budak tu nampak-nampak je akak masuk balik, die senyum-senyum kat akak sambil paling kat kawan die. Kawan die pun kat counter tu tersenyum nampak akak sambil gelak-gelak kecil. Celaksss punye budak-budak ni, depa dok bahankan aku rupenye!

Lepas kejadian yang memalukan hari tu (akak tak tipu), akak memang tak datang balik kat MekDi branch situ. Memang seboleh-bolehnya akak akan avoid! Hahaha.

Sekianlah untuk hari ni.

Anjing terkejut

Perihal haiwan | 20 Jun 2020

Al kisah suatu pagi, dalam perjalanan akak nak ke bank..

Ni nak bagi tau ni. Dua benda yang Kak Jah paling tak suka? Pegi bank dan isi minyak. Biasa kalau nak pegi bank, memang keesokan pagi nye la baru terkaboot-kaboot nak pegi. Standard la babe! Makcik Kaboot. Memang begitu la.

Jadi, ceritanya, akak pagi tu drive kereta sambil dengar lagu-lagu 80-an (lagu peberet den) dalam perjalanan nak ke bank. Akak dengan konfidennya drive tanpa memikir apa-apa kejadian pelik yang akan berlaku. Sampai je depan bank, dengan nasib baik kali ni, dapat parking spot sederet dengan bank. Cantik la.. Sebelum keluar kereta, cam biasa la, akak akan jenguk-jenguk luar kete, kiri, kanan, belakang kereta, ye la check la, kot-kot ade kelibat benda tu la kan. Ok line clear.. macam takde je. Ok la. Akak pun bukak la pintu kereta. Bukak-bukak je, terkejut ok sebab ternampak seekor anjing hitam duduk bawah kereta sebelah akak. Yang peliknye, anjing tu nampak akak terkejut, die pun terkejut same! Akak jerit ‘Ahhhh!’ Anjing tu jerit ‘Ukk!’ Macam tu la lebih kurang bunyinye. Akak pun ape lagi, dengan pantas, tutup balik pintu kereta. ‘Aku ni dah la lambat nak pegi keje, adoi macam mane ni..’ Bisik hati akak. Akak pelik la, kenapa ade je kelibat ‘best friend’ akak ni menemani. Ya Allah, dugaan.

Jadi, akak pun tunggu je la dalam kereta sampai anjing tu beredar. Siap berdoa lagi. ‘Pegi la kau anjing, pegi la kau anjing, aku dah lambat nak gi keje ni!’ Akak pun kejap-kejap hidup dan matikan enjin kereta sebab nak rasa aircond. Ye la, panas babe lame sangat duduk dalam kereta! Setiap 2-3 min, intai luar tingkap kereta kot-kot anjing tu dah cabut. Nak dekat 30 minit jugak akak menunggu macam bangak je dalam kete.. sebab takut anjing nye pasal..

Penungguan sekian lama akhirnya berakhir. Akak terdengar bunyi tik-ke-tik, bunyi orang tekan butang kunci kete. Fuhhhh alhamdulillah. Nasib baik, rupanya orang sebelah kereta akak yang ade anjing tu, nak beredar dah.. Anjing tu terkedek-kedek keluar dari bawah kereta bila lelaki tersebut start enjin kereta. Selepas tu, die lalu depan kereta akak ke arah kaki lima kedai sambil jenguk-jenguk kat akak. Pelik, macam die tau sesuatu. Adakah die tau akak takut anjing atau die nampak gelagat kebodohan manusia yang fobia anjing tadi? Ataupun anjing tu yang sebenarnya takut kat manusia? 🙂

Ilutrasi oleh Arian

1 9 10 11