
Kak Jah anak sulung dari empat adik-beradik. Kalau antara korang yang anak sulung dan satu-satunya anak perempuan, rasanya korang akan melalui pengalaman dan perasaan yang sama macam akak.
Masa akak umur 3 tahun, akak dah pandai mintak adik kat mak. Ashik mintak kat mak, ‘Nak adik nak adik! Mak buatlah adik cepat-cepat, nanti Jah ada kawan nak main!’ Mak menggeleng kepala je setiap kali akak mintak adik.
Beberapa tahun lepas tu, doa akak termakbul, dapat la adik lelaki. Happy jugak la, walaupun nian di hati nak adik perempuan. Akak nak adik perempuan sebab bole main anak patung dan main masak-masak sama-sama. Tapi akak redha je masa tu. Bersyukurlah at least ada adik kan.
Akak tak tahan ngan adik akak sorang ni, die selalu nak main anak patung akak. Kadang tu akak tegur sebab taknak galakkan die main permainan perempuan, sebab die kan boboy! Gegirl je boleh main anak patung. Toys kereta die berlambak, die nak jugak main akak punye.. sabar je la.
Selang beberapa tahun lepas tu, mak akak mengandung lagi. Wah, happy akak masa tu. Mungkin kali in, impianku nak adik perempuan terlaksana. Alahai.. dapat adik lelaki lagi.. hahaha! Mak akak pesan kat akak ‘Jah.. Jah kene belajar bersyukur.. adik lelaki ke perempuan tak kisah la kan.. janji adik sihat kan?’ Akak akur je ngan pesan mak. Ada benar kata mak tu, tak kisah la dapat adik jantina apa pun, janji cukup sifat dan sihat. Mulai hari tu, akak dah tak mintak-mintak lagi. Genap 3 tahun lepas tu, mak mengandung lagi, time tu akak dah tak kisah dah. ‘Kompem adik lelaki lagi..’ bisik hati akak. Memang betul pun, dapat adik lelaki lagi.. haha!
Bila dah besar panjang ni, pikir-pikir balik, akak percaya yang ni semua dah memang rencana Tuhan. Syukur je la, paling-paling akak ada 3 bodyguard.. kalau apa-apa jadi, harap-harap dorang bole protect akak kan. Bayangkanlah.. mungkin kalau akak ada adik perempuan, maunya tarik-tarik rambut, rebut-rebut anak patung hari-hari kot! Pening mak nanti!

Korang pasti akan melalui hari-hari yang korang dah takde idea ape nak masak untuk hari tu.. kan? Tak kisah la untuk lunch atau dinner.
Tu memang biasa Kak Jah lalui. Kadang tu, rasa macam nak beli je pil kenyang, bukak mulut, telan. Tak yah fikir, terus kenyang. Kalau la wujud kan. Memang penat a.k.a semak otak kadang tu fikir nak masak ape dan malas nak masak pun iye jugak haha! Maklumlah, especially mak-mak macam akak ni yang takde orang gaji/maid kan. Memang ‘masalah negara’ macam ni kene pandai-pandai la settle sendiri.
Asal masakan campak-campak ni bermula bile Kak Jah dah pulun abis idea nak masak. So korang tau ape akak buat? Akak pegi jenguk dan keluarkan segala barang-barang yang boleh dibuat masak dalam peti ais tu temasuk yang ada atas meja dapur macam serbuk cili, bawang, segala rempah ratus yang ada.
Lepas akak dah siap keluarkan, akak ambik la bahan-bahan yang akak rasa bole mix well atau serasi, akak campak-campak je dalam masakan akak. Contoh amik ayam yang sedia dipotong kecil, akak campak je kari ke kunyit ke, campur kicap sikit ke apa-apa yang akak rasa bole ngam la bak kata orang.. haha. Sambil masak tu, akak rasa-rasa la sikit, kalau tawar tambah garam, pandai-pandai la.
Percaya tak percaya kan, menjadi u all! Yang kelakarnya, waktu akak hidang time nak makan tu, suami ngan anak-anak akak siap puji lagi. ‘Sedap la mak masak, apa nama menu hari ni, letak ape kat dalam? Rasa lain, tapi sedap la!’ Tau tak ape akak jawab? ‘Entah la, dah tak ingat, mak main campak-campak je bahan-bahan yang ada kat dapur tu!’ Dorang macam terkedu, tak tau nak komen ape. Pelik tapi benar.
So, try la ye mak-mak semua. Tapi kompem la lepas tu korang tak ingat korang letak ape. Akak biasa buat, akak tau la, tu yang akak tak ingat. Kalau korang bujet nak buat lagi, cube la ingat ape yang korang letak dalam masakan tu. Yang penting, kene try dan experiment la. Belum cuba, belum tau kan! Selamat memasak dan mengeksperimen ya! 🙂

Kak Jah memang dari kecik suka bela kucing.
Nama kucing akak Worange. Umur die sekarang dah 4 tahun. Asalnye, nama die Orange sebab bulu die warna oren. Anak akak, Mimi, time tu die pelat sikit, die panggil kucing akak Worange. Sampai hari ni la melekat nama tu.
Worange ni memang pelik. Dari kecik kami bela dah terserlah kepelikannya. Worange ni ala2 kucing mat saleh. Maklumlah bulu pun tebal macam kucing Persian gitu. Selera makan pun tak tumpah macam mat saleh. Die suka makan biskut kucing, ayam rebus dan ikan Tuna sahaja. 2 kali seminggu die akan mintak ayam rebus, kalau tak, die memang takmau makan. Letak la biskut, die tengok je tak usik langsung. Ngada kan? Haha.
Worange sangat berdisiplin dan gemarkan rutin. Kalau waktu pagi die la yang kejutkan kami. Bunyi bising die mengiau pun macam bunyi alarm dah. Worr Worr Worr!! Lebih kurang gitu la bunyinya. Worange tak meow macam kucing biasa. Bunyi die ada pelbagai. Kadang bunyi macam burung, monyet, kadang tu macam bunyi ayam pun ada. Pernah suatu masa, doktor klinik haiwan yang kami biasa hantar, pernah cakap Worange ni jenis suka bercakap, tu sebab vocal range die besar. Macam2 bunyi die bole buat. Hebat Worange kan..serba boleh! Hehe
Kalau waktu malam pulak, die akan bising kalau kami tak naik tido jam 9 malam. Macam die tau2 je timing nak tido kan. Memang pelik. Biasa weekend kami tido agak lewat sket la, dalam jam 10 lebih camtu. Ohh… die dah start bising dah non stop.
Masa tahun lepas, Worange melalui satu fasa pelik dalam hidup die. Tiap2 tengah malam, keje die dok mencakar pintu bilik tido kami. Kalau sekali takpe, banyak kali pulak tu. Nak ajak main. Kami laki bini nak dekat 2 bulan tak cukup tido sebab tido asik terganggu. Dah macam mak bapak jaga bayi tengah malam! Macam2 cara kami dah usaha nak hentikan tabiat pelik die. Tak berjaya.
So, one day kami berjaya hentikan tabiat pelik Worange. Tu pun setelah berbulan2 research. Kami buatkan special corner untuk Worange tido, lepak dan main. Start hari tu die dah tak kacau kami tido malam lagi. Mungkin tu yang die nak sebenarnya, bilik tido sendiri kot! Haha.
Kami sekeluarga memang sayangkan Worange walaupun die sangat pelik. Kalau takde die, sunyi la hidup kami sekeluarga. Moga Tuhan panjangkan umur Worange dan beri die kesihatan yang baik. 🙂
Ilutrasi oleh Arian
(selanjutnya…)