Dugaan bulan puasa

27 April 2021

Korang mesti ada kenangan waktu berpuasa masa kecik-kecik dulu kan. Puasa masa zaman hingusan ni pasti banyak dugaannya, terutama bila iman belum nak cukup kuat ye tak.. budak-budak la katakan.. hehe

Teringat Kak Jah masa kecik-kecik dulu, peristiwa ni masa akak baru umur 8 tahun tak silap. Masa tu baru belajar puasa penuh. Sebelum tu puasa separuh hari je. Memang perit sangat puasa penuh masa tu, dugaaan perghhh.. bertubi-tubi kadang.

Pagi hari ke 5 puasa, jam 5 pagi, akak bangun sahur macam biasa. Makan tak berapa nak lalu sangat, tapi akak gagahkan diri jugaklah. Taknak kalah tu..excited nak puasa kan. ‘Makan sampai kenyang, nanti kang kau lapar nanti’ bilang mak. Akak akur je la. Walau takda selera makan, akak telan jugak la. Satu suap, tolak ngan air, sat suap tolak ngan air. Begitulah caranya nak elakkan muak makan dan selera yang memang kurang.

Akak pegi sekolah cam biasa hari tu. Sesampai di sekolah, akak masuk ke kelas. Waktu kelas pertama, akak boleh tahan lagi. Masuk jam 10 pagi, perutku berkeroncong. Peritnya tak tertahan. Dalam hati berbisik.. ‘Ni kalau perkena teh-o ais ngan nasi lemak, best ni.’ Perut tengah lapar kan, macam-macam idea datang ke minda. Oh dugaan. Akak gagahkan diri cuba sedaya upaya untuk fokuskan diri dan kuatkan semangat, walaupun perut kelaparan.

Sekolah habis jam 12 tengah hari, akak tunggu bas tiba seperti biasa. Hari tu pulak, punyalah panas, berpeluh-peluh akak. Tekakku terasa sangatlah dahaga..omg. Masa dalam perjalanan van ke rumah, ada la lalu kawasan perumahan dan kedai-kedai. Tiba-tiba mataku terpaku ke arah billboard ‘cola‘ tepi jalan yang sungguh indah dimataku kala itu. Air ‘cola’ tu nampak sungguh menyedapkan. Sekali lagi perutku berdendang. ‘Alahai.. time ni pulak aku tertengok billboard ni, kenapalah.. dah la aku haus sangat!’ bisik hatiku.

Sesampai je di rumah, akak masuk bilik, tukar baju dan terus mandi untuk segarkan badan. Akak berehat seketika dan pejamkan mata.. lepas tu langsung terlelap. Akak tetiba terjaga jam 5 petang masa tu. ‘Alamak, harap tak terlambat untuk tengok kartun kegemaranku. Masa tu kartun ‘Jem’ jam 5 petang. Akak berlari kearah televisyen. Walau 5 minit lewat, akak gembira juga dapat tengok karun peberet akak. Korang faham-faham je la, time bulan Ramadhan, memang banyak iklan kan. Pas satu satu iklan keluar, elok pulak, semuanya iklan restoran, makanan dan minuman. Sekali lagi imanku tergugat big time. Lepas habis je kartun jam 5.30 petang, akak nekad nak bukak puasa dan tak kira dah masa tu.

Akak pergi ke arah mak. ‘Mak, Jah nak buka puasa la.. tak tahan la.. sakit perut.. dan haus sangat ni!’ kata akak. Mak bilang ‘Ya rabhi… sikit je lagi ni. tinggal beberapa jam je lagi ni. Tahan la sikit.’ Akak bilang ‘Ala mak.. Jah memang dah betul-betul tak larat ni.. bolehlah mak.’ Mak pulak masa tu elok tengah masak juadah tuk buka puasa, memang lagilah tak tahan. Last-last mak mengalah dan benarkan akak buka puasa. ‘Kali ni aje, lepas ni jangan tinggal lagi!’ Bilang mak. Akak terus teguk air kosong 3 gelas. Alangkah leganya.. puas betul dapat minum air.

Begitulah antara dugaan buka puasa. Bila pikir-pikir balik, menyesal pun ada, kelakar pun ada. 2 jam je lagi kot nak buka puasa, boleh terpedaya dengan idea di kepala dan iklan-iklan yang melemahkan imanku. Akak ada banyak lagi cerita masa bulan puasa zaman kecik-kecik, nantikan ya. Selamat berpuasa semua!

Ait baju sama?

5 Disember 2020

Masa korang kecik-kecik dulu pernah tak mak korang belikan baju raya korang kat gedung pasaraya besar? Baju kurung pelbagai wanna, corak dan design semuanya sket lebih kurang je kan? Ade sebab la senang je dapat baju kat gedung pasaraya besar camtu kan. Haaa.. ni akak nak cerita pengalaman Hari Raya akak agak-agak 30 tahun yang lalu.

Kisah ni terjadi masa akak darjah 3, masa tu tahun 1985. 80s you all! Perghh lame dah tu.. hehe. Kami sekeluarga biasa beli baju raya sebulan sebelum raya. Ye la.. haruslah kan, nanti kalau beli last minute kang takde size dan kurang pilihan pulak kan. Kaboot melanda nanti!

Tema raya tahun tu warna biru. Tiap-tiap tahun tema warna lain-lain. Jadi mak ayah dan kami adik beradik pakat cari baju rona biru la.. ade yang biru lembut ade yang biru pekat. Mak beli baju akak kat satu pasaraya besar di Petaling Jaya. Masa zaman ni, pasaraya ni famous gak la. Setiap tahun pegi sane, memang akan ade ramai orang yang shopping kat sana. Mak belikan akak baju kurung biasa berwarna biru untuk akak, ade bunga-bunga kecik kat baju tu. Cantik jugak la, harga pun berpatutan, saiz pulak ada. Memang bernasib baik time tu, sebab ada kalanya takde saiz la, tak jumpe design yang akak nak la dan macam-macam lagi. So, akak pun balik la rumah dengan perasaan gembira.

Sesampai di kampung masa first day pagi Hari Raya, perasaan gembira melanda hatiku. Kami sekeluarga serba biru dan semua kelihatan bergaya. Sedara mara akak semua dah sampai kampung kami di rumah nenek masa tu. Bermacam-macam warna dan corak baju mereka semua. Tahun tu pulak first day Hari Raya, ada family gathering. So semua suku-sakat belah mak semua ada. Hmm klan nogori ni..memang meriah.. ramai suku sakat yang hadir hari tu.

Tengah akak jalan-jalan sekitar kampung halaman dengan sepupu akak, si Shaz, tiba-tiba darahku berderau dan mataku terpaku sejenak. Akak ternampak seorang perempuan lebih kurang sebaya akak berbaju biru. Jantung dan nadiku tak tentu arah masa tu. Panik melanda. Sepupu akak pun perasan masa tu.. die pulak jenis mulut besar tak reti coverline, die bersuara ‘Alamak Jah, perempuan tu pakai baju kurung sama cam kau la! Rasanya die sedara kita la! hahahahaha!’ Berdekah-dekat die gelak. Cis! tak membantu langsung si Shaz ni.

Akak bersuara kat Shaz. ‘Ishh kau ni.. diam la! Jangan cakap kuat-kuat boleh tak? Buat malu aku je.. Dah.. dah.. sekarang jom kite lari masuk rumah nenek sekarang!’ Sambil kami berlari, akak dengar si Shaz masih gelak tak henti-henti lagi. Akak memang marah betul kat die masa tu.

Sesampai rumah nenek, kami berdua masuk kat dapur belakang. Kami berdua tencungap-cungap kepenatan. Tiba-tiba, mak akak menyapa. ‘Ni napo korang berduo ni? Tormongah-mongah?’ Si Shaz bukak mulut dan menceritakan ape yang terjadi tadi kat mak. Mak akak terus gelak. Makcik-makcik akak yang terdengar perbualan kami pun tergelak sama. Akak punya la malu masa tu.

Mak akak cakap perempuan yang pakai baju sama macam akak tu dua pupu kami. Die anak kepada sepupu mak. Mak menyambung. ‘Ko konal tak budak tu? Kalau tak konal, meh mak kenalkan. Anak sepupu mak, anak Pak Hamid tu. Kamu berduo patut saling konal-mengonal la. Poi la togur.. sodaro tu Jah..’ Akak terus naik marah. ‘Tak nak la mak! Jah dah naik malu. Kono golak lai.. pastu mak ado hati nak suh Jah poi togur dio.. dah la baju seh samo ngan dio! Tak kuaso den..’ Semua kat dapur masa tu dok gelakkan akak.

Mak tanye ‘Abis ko nak buek apo lai? Takkan nak duduk sini yo..? Tak keluar-keluar sobab malu nyo pasal?’ Akak jawab.’Iyo la mak.. Jah duduk sini yo la sonang.. Dokek ngan makanan lai.. hehe..’ mak geleng kepala sambil gelak tengok telatah akak.

Tu la cerita nye kisah lawak Raya yang akak akan ingat sampai bila-bila. Sekali tu je la terjadi kat akak. Haha.. nasib baik! Insaf akak. Mulai kejadian tu, akak pilih sendiri baju Raya akak. Tak kasi dah mak pilihkan. Takut nanti sama ngan orang lagi! Haha.

Fe-feeling raya

23 November 2020

Akak pasti korang pasti ada banyak cerita dan kenangan masa hari raya terutama masa zaman kanak-kanak dulu kan. Raya masa zaman hingusan memang tak dinafikan yang paling best bagi akak.

Kebiasaannya setiap tahun, pagi hari raya pertama, kami sekeluarga akan pulang ke kampung kami yang terletak di negeri Sembilan. Kalau gerak pagi raya, seronok sebab jalan lengang sikit, takde la jammed sangat. Kalau gerak sehari sebelum raya, kompem mengamuk-amuk ayah dalam kereta, die hilang sabar kalau jalan jammed teruk.

Malam sebelum raya, kami akan bersiap-siap dan kemas baju dan segala barang yang nak dibawa ke kampung untuk beraya. Baju raya, kasut raya dah siap-siap pack dah. Akak dulu siap ada check list, makcik Kaboot kan.. kene la stand by semua tu, kalau tak nanti terlupa atau ada je barang yang pasti tertinggal. Excited sangat rasa setiap kali nak pack barang sebab tak sabar nak balik kampung nak beraya.. terbayang suasana riuh-rendah sedara mara dan suara nenek menyambut kami di kampung.

Ayah biasanya akan hantar kereta ke bengkel beberapa hari sebelum raya untuk pastikan kereta kami dalam keadaan tip-top. Ye la takut kang kereta mati tengah jalan ke problem ke ape kan. So persiapan awal sangatlah penting. Time raya kan banyak workshop yang tak bukak. So kalau kereta buat hal, naya la..

Mak pula akan sibuk menyiapkan biskut raya. Biasanya mak akan buat biskut samperit, biskut kacang, biskut Arab dan macam-macam lagi. Pastu mak akan packing beberapa balang kuih raya untuk kasi kat nenek kami bila sampai kat kampung nanti. Kami adik beradik selalu nyakat mak, pegi ke dapur curi makan biskut yang baru keluar oven..haha. Mak bising ‘Oit korang ni, bukan nak tolong mak buat, sibuk kejekan biskut mak ada la! Hishhhh!’ bising mak.

Biasanya kami akan makan best-best sikit malam raya tu sebab hari terakhir puasa kan. Saja la nak celebrate.. hehe. Mak akan masak yang best-best, juadah ala-ala Raya sikit. Kadang tu rendang pun dah siap masak so buat juadah buka puasa jugak la. Seronok la kami!

Lepas habis buka puasa, kami adik beradik akan main bunga api kat luar rumah. Ayah dan mak berborak-borak sambil perhatikan kami. Jiran tetangga kadang tu turut sama join kami. Ada jiran yang tak balik kampung, so dorang selalu join kami. Jiran yang bukan melayu pun seronok turut serta. 1 Malaysia.. best! Beberapa hari sebelum raya, rasa mood Raya makin terasa. Bunyi dentuman mercun kawasan rumah kami memang akan menghantui malam-malam kami. Tidur memang tak tenang, tapi hati rasa girang hehe.

Banyak sangat kenangan waktu hari raya kan. Nantikan cerita akak yang seterusnya dalam masa yang terdekat ni ye. Take care all.