Riuh Raya | 5 Disember 2020

Masa korang kecik-kecik dulu pernah tak mak korang belikan baju raya korang kat gedung pasaraya besar? Baju kurung pelbagai wanna, corak dan design semuanya sket lebih kurang je kan? Ade sebab la senang je dapat baju kat gedung pasaraya besar camtu kan. Haaa.. ni akak nak cerita pengalaman Hari Raya akak agak-agak 30 tahun yang lalu.

Kisah ni terjadi masa akak darjah 3, masa tu tahun 1985. 80s you all! Perghh lame dah tu.. hehe. Kami sekeluarga biasa beli baju raya sebulan sebelum raya. Ye la.. haruslah kan, nanti kalau beli last minute kang takde size dan kurang pilihan pulak kan. Kaboot melanda nanti!

Tema raya tahun tu warna biru. Tiap-tiap tahun tema warna lain-lain. Jadi mak ayah dan kami adik beradik pakat cari baju rona biru la.. ade yang biru lembut ade yang biru pekat. Mak beli baju akak kat satu pasaraya besar di Petaling Jaya. Masa zaman ni, pasaraya ni famous gak la. Setiap tahun pegi sane, memang akan ade ramai orang yang shopping kat sana. Mak belikan akak baju kurung biasa berwarna biru untuk akak, ade bunga-bunga kecik kat baju tu. Cantik jugak la, harga pun berpatutan, saiz pulak ada. Memang bernasib baik time tu, sebab ada kalanya takde saiz la, tak jumpe design yang akak nak la dan macam-macam lagi. So, akak pun balik la rumah dengan perasaan gembira.

Sesampai di kampung masa first day pagi Hari Raya, perasaan gembira melanda hatiku. Kami sekeluarga serba biru dan semua kelihatan bergaya. Sedara mara akak semua dah sampai kampung kami di rumah nenek masa tu. Bermacam-macam warna dan corak baju mereka semua. Tahun tu pulak first day Hari Raya, ada family gathering. So semua suku-sakat belah mak semua ada. Hmm klan nogori ni..memang meriah.. ramai suku sakat yang hadir hari tu.

Tengah akak jalan-jalan sekitar kampung halaman dengan sepupu akak, si Shaz, tiba-tiba darahku berderau dan mataku terpaku sejenak. Akak ternampak seorang perempuan lebih kurang sebaya akak berbaju biru. Jantung dan nadiku tak tentu arah masa tu. Panik melanda. Sepupu akak pun perasan masa tu.. die pulak jenis mulut besar tak reti coverline, die bersuara ‘Alamak Jah, perempuan tu pakai baju kurung sama cam kau la! Rasanya die sedara kita la! hahahahaha!’ Berdekah-dekat die gelak. Cis! tak membantu langsung si Shaz ni.

Akak bersuara kat Shaz. ‘Ishh kau ni.. diam la! Jangan cakap kuat-kuat boleh tak? Buat malu aku je.. Dah.. dah.. sekarang jom kite lari masuk rumah nenek sekarang!’ Sambil kami berlari, akak dengar si Shaz masih gelak tak henti-henti lagi. Akak memang marah betul kat die masa tu.

Sesampai rumah nenek, kami berdua masuk kat dapur belakang. Kami berdua tencungap-cungap kepenatan. Tiba-tiba, mak akak menyapa. ‘Ni napo korang berduo ni? Tormongah-mongah?’ Si Shaz bukak mulut dan menceritakan ape yang terjadi tadi kat mak. Mak akak terus gelak. Makcik-makcik akak yang terdengar perbualan kami pun tergelak sama. Akak punya la malu masa tu.

Mak akak cakap perempuan yang pakai baju sama macam akak tu dua pupu kami. Die anak kepada sepupu mak. Mak menyambung. ‘Ko konal tak budak tu? Kalau tak konal, meh mak kenalkan. Anak sepupu mak, anak Pak Hamid tu. Kamu berduo patut saling konal-mengonal la. Poi la togur.. sodaro tu Jah..’ Akak terus naik marah. ‘Tak nak la mak! Jah dah naik malu. Kono golak lai.. pastu mak ado hati nak suh Jah poi togur dio.. dah la baju seh samo ngan dio! Tak kuaso den..’ Semua kat dapur masa tu dok gelakkan akak.

Mak tanye ‘Abis ko nak buek apo lai? Takkan nak duduk sini yo..? Tak keluar-keluar sobab malu nyo pasal?’ Akak jawab.’Iyo la mak.. Jah duduk sini yo la sonang.. Dokek ngan makanan lai.. hehe..’ mak geleng kepala sambil gelak tengok telatah akak.

Tu la cerita nye kisah lawak Raya yang akak akan ingat sampai bila-bila. Sekali tu je la terjadi kat akak. Haha.. nasib baik! Insaf akak. Mulai kejadian tu, akak pilih sendiri baju Raya akak. Tak kasi dah mak pilihkan. Takut nanti sama ngan orang lagi! Haha.