Handbag Narnia dan perempuan

7 September 2020

Dasar orang perempuan kan. Tak sah kalau tak memiliki lebih daripada satu handbag kan?

Akak memang dari dulu lagi suka kumpul handbag banyak-banyak. Lepas tu, dalam bag tu, akak akan isi dengan segala benda bendaan yang akak perlu. Beg duit, kunci kereta, hand sanitizer, beg make-up, tissue paper, ubat-ubatan.. segala benda pun ada la. Agak rumit nak mencari barang dalam beg tu.

Kadang tu, kalau telefon berdering, meragau-maragau cari handphone dalam beg. Selalunya, sampai bunyi handphone dah abis, baru la jumpa, so terpaksa la call orang tu balik…Haha. Maklumlah, memang ambik masa la nak mencari, dah tu bermacam benda isinya kan.

Tu yang suami akak selalu usik. ‘Jah, handbag Jah ni dah macam Narnia. Macam-macam benda ada. Cuba tengok, kot-kot Mr Tumnus ada kat dalam tu.’ atau ‘Jah, Jah, tadi Mr Tumnus cakap Hi!’ Hishh sakit telinga je dengar usikan si suami. Kadang tu dia nak gak menumpang handbag kite dengan handphone dia. Pas tu nak nyakat kita pulak kan. Ish ish ish. Sabar je la.

Akak tau akak bukan sorang je ada handbag Narnia kan? Akak rasa geng akak pasti ramai kat luar sana. Kawan-kawan baik akak pun semua ada handbag Narnia. Majority pun dah mak-mak, so handbag tu pun kadang dah jadi multi-purpose dah. Segala benda kalau boleh korang nak sumbat kan. Pampers la, botol susu baby, bedak baby la.. betul tak? Jangan letak baby dalam sudah! Naya! Hahaha.

Tak pe, jangan sesekali rasa bersalah ye. Perempuan memang macam tu. Terlebih prihatin, menyayangi, memahami, sentiasa bersedia, kadang tu je terlebih panik, tu sebab handbag Narnia menjadi kebanggaan kita. Biar apa orang nak kata, janji kita happy! High five y’all!

Ilutrasi oleh Arian

Lipstick lady

29 Julai 2020

Hello ladies! Memang menjadi lumrah kan sebagai seorang perempuan nak sentiasa kelihatan cantik. Kalau tak, bukan perempuan la nama nya tu hehe..

Kak Jah memang suka kumpul lipstick. Kat rumah, memang bertimbun lipstick, ada yang tak sentuh lagi pun ada haha! Well, I don’t think I’m the only one yang suka collect lipstick, kan? Dah menjadi kebiasaan kalau keluar rumah, mesti bermake-up dulu, pakai lipstick. Lipstick matching ngan baju, tudung etc kan..? Well being a kabut lady, lipstick bag mesti sentiasa ada. Tu pun selalu tertinggal-tinggal kat rumah atau dalam handbag lain! Memang stress kadang-kadang tu. Sebab kalau dah selamat keluar rumah, nak touch up pun tak bole, lipstick tak ada dalam handbag! Kadang tu, desperate punye pasal, terpaksa la beli lipstick baru..haha

So, learning from that experience, akak dah belajar untuk sentiasa ready lipstick sebelum keluar rumah. Haaaa bunyi die macam senang je nak buat kan? Actually memang senang pun. 🙂

In each of your million handbag bag ladies, sumbat la sebijik lipstick dalam setiap satu handbag tu. Satu handbag ada lipstick kaler merah, satu bag lipstick kaler pink.. haa gitu la.

So amacam? Selesai masalah, kan? Happy!

Ilutrasi oleh Arian

Kejadian pelik di bengkel

23 Julai 2020

Kereta Kak Jah dah berminggu-minggu ada bunyi-bunyian dalam enjin kereta setiap kali akak start enjin kereta. Maklumlah busy woman sangat, tak berkesempatan nak pegi hantar kereta kat bengkel. Tu yang lama sangat delay tu.

Akhirnya, suatu petang, akak pegi la ke bengkel kereta untuk check masalah bunyian kereta ni. Lepas amik anak akak kat sekolah petang hari tu, akak terus ke bengkel. Akak dah bersedia untuk meninggalkan kereta akak di bengkel selama 2-3 hari, sebab nak baiki kereta tu mungkin amik hari kan.. Bengkel yang akak selalu hantar kereta, bengkel yang sama juga akak pegi, bengkel tokeh bernama Ah Long.

Sampai je tempat Ah Long hari tu, akak cerita la kat die pasal masalah bunyian enjin kereta yang agak membimbangkan. Ah Long pun terus amik kunci kereta akak dan test drive kereta tu. Akak pun duduk kat seat penumpang depan, anak akak duduk seat belakang.

Ah Long pun start la enjin kereta. Selalu kalau start je enjin, bunyi bising tu dah kedengaran. Tapi masa Ah Long start enjin, takde pulak bunyi tu. Dia reverse kereta, lepas tu jalan. Dah 5 minit jalan pun takde bunyi tu lagi. Pelik.. tapi kami tunggu lagi sampai 10minit kot-kot datang bunyi tu lagi.

Ah Long bersuara. ‘Kak, mana itu munyi mising yang akak cakap tu? Saya tarak dengar pun.’ Saya dan anak saling berpaling. Kami tergelak kecil. Akak pun reply la ‘Ada la bunyi bising. Setiap kali start enjin, ada bunyi, bila reverse kereta, ada bunyi bising ketak ketak ketak.. macam ada geselan dalam enjin kereta.’ Lepas penjelasan akak, Ah Long pun bawa balik kereta ke bengkel dia. Dia bukak bonet depan, dia pun start check enjin akak, nak tau mana datang bunyi tu. Sampai break pad kereta akak pun dia check, kot-kot dah haus. Dan segala-galanya dalam enjin kereta tu. Nothing. Absolutely nothing.

Ah Long bilang ‘Tarak papa la ini kereta. Saya sudah check, tak jumpa itu munyi la. Macam ni la akak, nanti, lain hari ah kalau ada datang itu munyi, lu kasi hantar balik sini ah.’ Akak pun senyum dan mengangguk setuju. Anak akak dah gelak-gelak kat tepi sebab dia rasa kejadian ni kelakar.

Akak pun drive balik, sambil memikirkan kejadian tadi. Pelik sangat, selama sebulan ni ada je bunyi-bunyian bising kereta, sampai-sampai je bengkel, hilang bunyi kereta tu.

Keesokan paginya, akak start enjin kereta. Ada balik bunyi bising tu. Pelik betul la. Agaknya kereta akak ni takut masuk ‘hospital’ kot, tu yang sampai-sampai ‘hospital’ je, dia behave. Tak mau jumpe doktor Ah Long ! 🙂