Best friends forever.

24 Februari 2021

Best friend. Apakah istilah sebenar best friend ni? Ini bermaksud kawan yang paling korang rapat sebab mereka yang mengenal hati budi korang dan merekalah yang paling serasi ngan korang. Ada benda yang korang sama-sama suka dan ada benda yang korang sama-sama benci. Ada masa gelak bersama dan ada masa menangis bersama. Best friend adalah kawan yang sentiasa bersama ngan korang walau suka atau duka dan dorang pendengar yang baik, well vise versa. Dah macam isi dan kuku, tak boleh dipisahkan. Malah ada yang lebih dapat dengan best friend dari keluarga sendiri. They are like your family kan.

Akak ada best friend yang akak akrab dari sekolah hingga la kini. Yus, Liza, Lil, Siti dan Sha. Segala selok-belok akak dorang kenal. Akak begitu juga, segala benda tentang dorang akak tau. Serba-serbi!

Ada one time akak terpakai t-shirt terbalik doranglah first people untuk tegur akak sebelum orang lain perasan. ‘Wei Jah, did u wake up on the wrong side of the bed pagi ni? Kau pakai baju terbalik la oi…Haha!’ Berdekah-dekah dorang gelakkan akak. See.. dorang perasan. Ni belum lagi benda-benda lain. Kalau tak berjaga-jaga, abis la.. kompem kene bahan.. 🙂

Best friend akak si Yus sampai la ni takut ngan kucing. Pantang nampak kucing, mesti die lari, siap panjat sofa lagi.. punya la takut kucing. Rumah akak sentiasa ade kucing yang akak bela. So kalau die datang rumah, siap tanye kalau kucing ada kat dalam rumah ke tak. Akak dulu tak paham kenapa die takut sangat kat kucing. Siasat punya siasat, rupenya die ni ade fobia ni since dulu sebab geli bulu kucing kene kulit die. Well, some people memang macam tu. I’m sure korang pun ade fobia korang kan? Fobia akak anjing ngan cicak! Hahaha.

Si Liza pulak suka sangat warna pink. Barang-barang die mesti ade warna pink. Kalau time art class, kalau cikgu suh lukis bunga-bungaan ke ape, mesti bunga-bunga yang die lukis tu warna pink.. Takkan nye warna lain. Sampai sekarang same. Macam dua tahun lepas, kitorang plan birthday party die kan, tema Black Pink. Pertama, sebab die suka Black Pink, female group Korea yang famous tu, satu lagi.. well sebab die suka pink la! Semua decor untuk party die serba pink u ols. Dari tema baju, kek, decor party , door gifts dan sebagainya, semua serba pink.

Lil pulak suka sangat makan mee maggi. So, ade this one time masa sekolah menengah dulu, birthday die kami kasi maggi kari, favourite Lil. Kami pack elok-elok, letak bawah meja kelas die. Die tak tahu kami yang kasi tu. Later on, pas habis sekolah menengah, baru kitorang bagi tau die yang tu kerja kami. Bertahun-tahun kami rahsiakan benda tu. Die punyalah marah! Haha.

So, ni antara kisah kami. Best friends forever. Yang akak tau, kami akan tetap menjadi kawan baik sampai bila-bila. Sampai tua kerepot barangkali. Akak pasti korang semua mesti ada kawan baik korang kan, jadi jagalah persabatan tu, semoga sentiasa utuh dan kekal selamanya. Amin.

Ilustrasi oleh Arian

Pantang mak nenek

25 Januari 2021

Masa korang kecik-kecik dulu, pernah tak mak atau nenek korang takutkan korang dengan segala pantang larang turun temurun? Korang dulu mesti percaya je kan ataupun korang pun ade pernah try jugak untuk buktikan sama ada betul ke tak? Haaa.. ni antara pantang mak nenek yang korang biasa dengar.

Yang pertama. Jangan buka payung dalam rumah nanti ular datang.

Yang ni akak punye peberet..dah pernah try dah masa kecik-kecik dulu. Akak pegi bukak payung dalam rumah, sampai kene marah dengan mak. Korang tau tak.. semalaman akak menunggu sang ular masuk rumah sampai keluar embun pagi pun ular masih tak muncul.

Jangan potong kuku waktu malam nanti dapat malang.

Akak banyak kali dah buat ni sampai ke tua pun masih buat. Dah tu.. waktu siang takde masa nak potong kuku jadi potong la waktu malam. Janji berhati-hati sudah la. Ok je akak.. tak pernah jadi apa-apa pun.

Yang ketiga, jangan biar kepala kene hujan nanti demam.

Akak dulu banyak kali berembun hujan, keluar sane sini terkena hujan, takde pulak demam. Kalau terkene hujan lebat pun, balik mandi la terus sebab takut kesejukan je.. kompem tak demam. Setakat kene hujan dua tiga titik.. alahai tak demam la!

Anak dara tak boleh menyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua kerepot.

Ini paling mengarut. Akak memang dari kecik minat menyanyi.. Selalu masuk dapur tolong mak masak sambil menyanyi.. Tak pulak dapat suami tua kerepot! Hahahaha.

Yang ni paling kelakar. Jangan lepak luar rumah lepas senja, nanti kena sorok hantu kopek.

Kami dulu.. adik beradik dan sepupu sepapat, kalau ade kenduri kendara kan, selalu main kat luar rumah pas Maghrib. Main kejar-kejar la, main sorok-sorok, police and thief dan macam-macam la. Macam ok je.. takde pun hantu kopek tangkap atau sorokkan kami.. alah saje la tu nenek ngan mak nak takut-takutkan kami tu. Cakap je la tak kasi kami main kat luar, kan senang.. hahahaha

Ni baru sikit ye. Banyak lagi pantang mak nenek yang akak pasti korang biasa dengar.. Masalahnya, bukan betul pun semua tu. Jadi janganlah mudah terpedaya dan percaya bulat-bulat.. cuba la buat.. tengok jadi ke tak. Alah.. saja je orang tua kita nak takut-takutkan kita.. atau mungkin juga mitos atau kepercayaan ni datang dari turun temurun lagi. Haha! Wallahuallam.

Ilustrasi oleh Arian

Perumpamaan pedoman hidup

28 Oktober 2020

Akak pasti korang mesti pernah belajar kat sekolah dulu jenis-jenis perumpamaan dalam subjek Bahasa Melayu, yang ada kene mengena dengan kehidupan korang dari dulu sehingga kini.

‘Harapkan pagar, pagar makan padi’ contohnya. Literally, tak masuk dek akal kan. Pagar benda bukan hidup, mana boleh makan. Kalau pagar jatuh atas padi, yang tu masuk akal la. Methaphorically, perumpamaan ni bermaksud harapan yang diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya. Ni ada kene mengena sangat dengan akak terutama bile dah melalui kehidupan bekerja ni. Ex boss akak kat company lama dulu.. die suruh semua staf keje mati-matian, tapi tak kasi guideline yang betul kat staf-staf die. Hari ni cakap lain, esok lain pula yang dimintanya. Harapan kami ialah diberikan panduan dan arah tuju yang betul sebagai seorang bos, tapi malangnya tidak. Masa depan kami pun rosaklah kat company tu.

‘Bagai isi dengan kuku’. Korang pasti ada rakan karib yang korang rapat sehingga kini kan. Macam tak boleh dipisahkan langsung, sentiasa bersama dan berkepit je 24 jam. Saat korang gembira ke sedih ke, mereka sentiasa ada di sisi. Perumpamaan ni bermaksud best friend atau rakan karib. Memang ada kene mengena la dengan isi dan kuku. Tanpa isi, kuku tak bole tumbuh dan tanpa kuku pula, isi tak ada lapisan atau hard surface untuk lindung die. Teingat akak masa kat sekolah menengah dulu-dulu, akak ada 2 best friend nama die Liza dan Yus. Cikgu sekolah dan kawan-kawan gelarkan kami ‘The Three Stooges‘ sebab kami bertiga dah macam belangkas kata dorang, sentiasa bersama ke sana sini dan kami sangat akrab.

Perumpamaan ‘seperti rusa masuk kampung’ pula bermaksud berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat yang baru. Literally ye la.. bayangkan rusa tiba-tiba sesat masuk kampung. Kelam kabut die mencari jalan keluar sambil tu pelik tengok orang ramai dengan sekeliling yang die tak biasa tengok kan. Akak memang banyak kali experienced benda ni, terutama bila pegi bercuti atau ekspedisi ke tempat baru, mesti tercengang-cengang dan terlebih excited sebab tempat baru dan tak pernah sampai lagi. Mula la mata tu meliar je tengok sekeliling, penuh dengan kekaguman dan berasa hairan sikit..hehe.

Jadi, banyak sebenarnya pepatah atau perumpamaan yang memang berguna dan bermakna juga ada kaitan dengan kehidupan seharian kita kan. Tak sia-sialah kita belajar perumpamaan masa sekolah dulu, sebab memang berguna sampai bila-bila pun.