
Zaman bercinta masa kanak kanak memang sangat kelakar. Zaman ni kan innocent lagi dan semuanye sweet-sweet belaka.. hehe
Akak ingat lagi masa akak first start bercinta. Masa tu akak baru darjah 3 kot. Akak ade la minat la kat sorang budak ni. Nama die Rizal. Die handsome dan tinggi lampai.. macam org putih selalu gelarkan tall dark and handsome. Ye begitulah. Memang die tersangatlah tinggi, hitam manis dan handsome. Atlet sekolah pulak tu..
Akak kelas 3 Raya, die kelas 3 Kekwa. Kelas kami sebelah-sebelah je. Akak ingat lagi saat mula-mula minat kat die. Kalau akak nak gi toilet, selalu akan lalu kelas die.. sebab kalau nak pi toilet, memang kene lalu kelas die. Amik kesempatan terbaik la kan. Time lalu, akak mesti curi-curi pandang kat die. Akak tau die macam perasan la.. tapi lantaklah akak tak kisah pun kalau die tahu hihi.. sebab dalam hati, ada harapan die pun suke la kat akak ni.
Dalam diam-diam, die rupenya memang suka kat akak. Kawan baik die, Abu, ade la datang jumpe akak cakap ‘Khadijah, Rizal kirim salam..’ Perghhhh mase tu hati berbunga-bunga , jantung berdegup-degup kencang.. kuch kuch hota hai la hati akak masa tu.
Sehari selepas tu, Abu cakap Rizal ajak jumpe kat padang sekolah, kat bawah pokok. Memang ada satu pokok je kat padang tu, besar bagak dan rimbun. Akak rasa macam pelik bercampur excited. Tapi, apasal la jumpe kat padang, bawah pokok? Takde tempat lain ke nak jumpe? Anyway.. kenapa la romantic sgt budak ni.. ? Bicara hati.
Masa tu waktu rehat. Akak pun pegi la jumpe die, sampai sanggup tak makan waktu rehat ye hehe. Dup dap dup dap jantung tak dok diam. Gemuruh satu badan dibuatnye. Sampai-sampai je padang, akak nampak kelibat die, tegak je menunggu akak. Die tersenyum manja plak kat kite. Akak pun senyum balik kat die. Angin sepoi-sepoi bahasa pulak masa tu.. alahai indahnye. Agak lama kami saling berpandangan tak bersuara. Nak dekat 10min, baru die bukak mulut. ‘Awak dah makan ke?’ Allah.. die tanye pulak.. dah memang akak belum makan. Akak cakap ‘Tak sempat makan lagi.’ Lalu die hulur roti bun kat akak suh akak makan.. ala so sweetla. Akak pun dengan segan silu amiklah juga hehe.
Tengah dok syok dating, loceng dah berbunyi pulak sebab waktu rehat dah habis. Kami pun jalan la same-sama ke bilik darjah masing-masing.
Sampai je kelas die paling kat akak cakap ‘Nanti kite jumpe lagi ye.’ Akak senyum aje.. Tanda setuju.
Dari situ la mulanya start belajar bercinta..hehe. Amacam kisah cinta monyet Kak Jah? Kiut tak? 🙂

Ini kali, kisah Kak Jah mase sekolah menengah dulu. Akak dulu sekolah perempuan, sekolah ni agak femes la di Petaling Jaya. Sekolah ni antara sekolah-sekolah cemerlang daerah Selangor, banyak melahirkan pelajar yang berjaya dan berkualiti. Cikgu-cikgunye pun bagus dan mantap.
Akak teringat dulu masa tingkatan 1, kami ade cikgu Bahasa Malaysia namenye Cikgu Ramlah. Akak gelarkan die Cikgu Saloma. Mane taknye, gaya, fesyen dan rambutnya saling tak tumpah macam Saloma, ala-ala 60-an gitu haha! Akak agak nakal la mase sekolah, suka gelarkan nama kat cikgu-cikgu sekolah dan suke ajuk dan gelakkan telatah mereka.
Ada la satu masa ni, mase Cikgu Saloma tengah ajar, akak ngan best friends akak, Liza dan Yus, tergelak-gelak kat belakang kelas. Kami ingat cikgu tak dengar, ye la sebab duduk row belakang. Kami gelak sebab ada la telatah cikgu yang kami tak tahan perut nak gelak.
Cara Cikgu Saloma cakap memang kelakar bunyinye. Bahasa Melayu die macam ala-ala zaman P.Ramlee, dengan bahasa bakunye dan intonasinye.. memang klasik. Die sebut askar pun lain, askar jadi ashkar! Jadi itu la penyebab kami selalu gelakkan cikgu ni. Nakal kan kami! haha. Jadi, lepas tu, cikgu perasan yang kami dok gelak kuat kat belakang kelas. Cikgu pun marah kami. Die cakap ‘Ni ni ni! Kenapa kamu bertiga ni asyik gelak dari tadi kat belakang tu eh? Kamu bertiga ni selalu gelak-gelak dalam kelas saya.’ Kami memang tak tahan nak gelak mase cikgu bukak je mulut bersuara.. suara cikgu tu saling tak tumpah macam Saloma, kecik pulak tu suara die. Memang kelakar la.
Akak cakap la, ‘Takde ape cikgu, Liza terjatuh pensel tadi lepas tu die hampir terjatuh kerusi masa nak amik pensel tu tadi. Tu yang kami gelak. Maaf cikgu.’ Hari tu jugak, cikgu terus gi report kat cikgu kelas pasal perangai kami,
Sehari lepas kejadian hari tu, cikgu kelas pisahkan kami dan letak kami kat row depan. Padan la muka kami. Mulai hari tu, kami dah tak bole nak gelak-gelak sama dah! 🙂
p/s: Maafkan kami Cikgu Ramlah a.k.a Saloma, kami sedar perbuatan kami. Kami budak nakal.

Kak Jah suka mengimbau kenangan masa zaman sekolah dulu. Zaman sekolah kan, manenye tak seronok. Akak pasti korang sume mesti ada kenangan-kenangan masa sekolah yang tak boleh dilupakan sampai hari ni.
Akak kan masa kecik lagi dah pelupa. Tu yang selalunye mengundang kekelam-kabootan akak haha. Akak ingat lagi, masa sekolah rendah dulu, akak selalu tertinggal-tinggal barang sekolah kat rumah. Masa kelas seni, tak bawak bahan la, kalau subjek lain, tertinggal buku la, ada-ada je yang tertinggal. Pernah tu pencil box pun bole tertinggal.. terpaksa la pinjam kawan punye pensel. Kawan menjeling je, sebab terpaksa pinjamkan. Akak tunggu je masa beg sekolah pulak tak bawak, nasib baik tak pernah jadi ye! Denda tertinggal buku macam-macam ok.. cikgu suruh ketuk ketampi 50 kali la, berdiri atas kerusi, berdiri depan kelas sampai kelas habis pun akak pernah kena.
Akak ingat lagi Cikgu Bahasa Inggeris darjah tiga gelarkan akak ‘makcik’ sebab pelupa. Akak ingat lagi die marah akak depan satu kelas.. ‘ Awak ni pelupa benar la, dah macam makcik-makcik, ashik terlupa bawak buku. Lepas ni badan sendiri pun awak lupe nak bawak!’ Gedebuk kene sebijik. Satu kelas bantai gelak kat akak.. aduh sungguh malunya. Ni belum lagi kene marah ngan mak . Die tau la akak tertinggal benda, sebab benda tu dok selamat tido kat rumah! Kihkihkih.
Lagi satu perangai akak kan, akak ni cepat nebes. Mudah betul gemuruh. Nak-nak waktu nak amik exam. Haaa.. masa tu satu badan berpeluh sejuk la. Lagi satu, kalau time exam, masa tu la rasa nak ke tandas, terasa nak ‘ter..’ kan. Sebelum exam takde pulak rasa nak pegi tandas, aihhh macam-macam.. hihi. Kadang tu, sampai rasa nak termuntah sebab nebes sangat nak amik exam. Tu simptom nebes maksima tu.
Kadang-kadang akak nebes sangat, sampai tiba-tiba blank tak bole nak jawab beberapa soalan exam. Padahal dah prepare all out dah, dah hafal segala benda dan segala subjek untuk exam. Doa yang mak suruh akak bace sebelum amik exam pun dah baca. Cikgu akak siap ajar lagi, kalau gemuruh, banyakkan practice breathing. Tarik nafas dalam-dalam, lepas lembut-lembut. Ulang tiga hingga lima kali. Hmphhh lepas ape? Tak lepas-lepas la cikgu.. masih nebes!
Best masa zaman sekolah ni kan. Kenangan memang beribu riban. Zaman kanak-kanak! Memang ingat nak main je, seronok jumpa kawan-kawan dan terlebih riang macam monyet!
Bye kawan-kawan!
gambar dari clipart.email