Zaman sekolah | 18 Ogos 2020

Korang masa sekolah dulu ada tak kawan yang suka curi barang korang atau kawan korang? Pasti ada kan.

Mak akak dulu pernah cakap, kalau nak berkawan kene pandai pilih kawan. Jangan kawan ngan budak yang nakal dan berperangai tak elok. Lebih kurang camtu la nasihat die. Tapi zaman jahil dan hingusan camni, mana la nak kenal yang elok ngan tak elok kan. Akak berkawan je ngan semua orang masa tu, tak reti nak pilih bulu.

Cerita ni masa zaman akak sekolah rendah dulu. Darjah 2 tak silap. Akak ada la sorang kawan ni dan nama die Dahlia. Nama die indah macam bunga, cantik lagi tu. Pendiam orangnya. So tak suspect la ada perangai buruk. Akak baik jugak la dengan die, sebab die macam baik je ngan akak. Tapi akak perasan barang akak selalu hilang semenjak berkawan dengan die. Kejap pensel hilang, kejap pemadam hilang. Dalam seminggu tu, 2-3 kali akan ada je barang yang hilang. Sampai akak selalu kene marah ngan mak sebab mak cakap akak tak pandai jaga barang. Akak pernah tanya Dahlia kalau die ada nampak pensel akak, dia cakap die tak nampak. Die siap suruh akak usaha lagi cari barang yang hilang sampai jumpa.

One fine day la kan, akak hilang pencil box akak. Satu kelas akak cari, akak tak jumpe. Sampai nak buat matematik pun terpaksa pinjam pensel kat kawan. Lagi sekali akak tanya Dahlia, jawabnya dia tak nampak dan tak ambil. Hmm.. akak macam was-was kali ni dengan jawapan die sebab masa akak tanya kali ni, die nampak resah sket. Kalau tak ambil, kenapa muka Dahlia merah padam eh?

Akak pun nekad hari tu, to end the dilemma and suspicion once and for all. Akak pegi report kes kehilangan pencil box akak kat cikgu kelas akak. Cikgu akak cakap die akan tanya kat satu kelas. Kalau tak de yang mengaku, die akan check satu-satu beg classmate akak. So, cikgu pun tanyelah.. sorang pun tak naik ke depan mengaku. Last-last terpaksa inspect semua beg sekolah dalam kelas tu.

Jeng jeng jeng! Akhirnya terungkai jugak. ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.’ Cikgu terjumpa pencil box akak dalam beg si Dahlia. Muka dia merah dan die tunduk bawah je. Akak punya la bengang masa tu. Tak sangke sekian lama berkawan, macam ni die buat kat akak. Last-last pas cikgu dok ceramah kat die, akhirnya die mengaku yang die lah budak yang selama ni amik barang-barang akak dan kawan sekelas yang lain. Betul-betul tak sangka, die lah dalangnya selama ni.

Die terus dimasukkan ke detention kelas dan masa yang sama, mak bapak die pun dipanggil ngadap tuk bagi tau perangai Dahlia. Sejak hari tu, kami tak lagi berkawan. Ape gunanya berkawan? Ni ‘kawan makan kawan’ namenye.

From that day onwards, akak jadikan semua kejadian ni sebagai iktibar. Semenjak hari tu, akak lebih bijak mencari kawan, filter habis-habis. Ye la.. nanti kang termakan dek tupai lagi! Haha.