Korang masa sekolah dulu ada tak kawan yang suka curi barang korang atau kawan korang? Pasti ada kan.
Mak akak dulu pernah cakap, kalau nak berkawan kene pandai pilih kawan. Jangan kawan ngan budak yang nakal dan berperangai tak elok. Lebih kurang camtu la nasihat die. Tapi zaman jahil dan hingusan camni, mana la nak kenal yang elok ngan tak elok kan. Akak berkawan je ngan semua orang masa tu, tak reti nak pilih bulu.
Cerita ni masa zaman akak sekolah rendah dulu. Darjah 2 tak silap. Akak ada la sorang kawan ni dan nama die Dahlia. Nama die indah macam bunga, cantik lagi tu. Pendiam orangnya. So tak suspect la ada perangai buruk. Akak baik jugak la dengan die, sebab die macam baik je ngan akak. Tapi akak perasan barang akak selalu hilang semenjak berkawan dengan die. Kejap pensel hilang, kejap pemadam hilang. Dalam seminggu tu, 2-3 kali akan ada je barang yang hilang. Sampai akak selalu kene marah ngan mak sebab mak cakap akak tak pandai jaga barang. Akak pernah tanya Dahlia kalau die ada nampak pensel akak, dia cakap die tak nampak. Die siap suruh akak usaha lagi cari barang yang hilang sampai jumpa.
One fine day la kan, akak hilang pencil box akak. Satu kelas akak cari, akak tak jumpe. Sampai nak buat matematik pun terpaksa pinjam pensel kat kawan. Lagi sekali akak tanya Dahlia, jawabnya dia tak nampak dan tak ambil. Hmm.. akak macam was-was kali ni dengan jawapan die sebab masa akak tanya kali ni, die nampak resah sket. Kalau tak ambil, kenapa muka Dahlia merah padam eh?
Akak pun nekad hari tu, to end the dilemma and suspicion once and for all. Akak pegi report kes kehilangan pencil box akak kat cikgu kelas akak. Cikgu akak cakap die akan tanya kat satu kelas. Kalau tak de yang mengaku, die akan check satu-satu beg classmate akak. So, cikgu pun tanyelah.. sorang pun tak naik ke depan mengaku. Last-last terpaksa inspect semua beg sekolah dalam kelas tu.
Jeng jeng jeng! Akhirnya terungkai jugak. ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.’ Cikgu terjumpa pencil box akak dalam beg si Dahlia. Muka dia merah dan die tunduk bawah je. Akak punya la bengang masa tu. Tak sangke sekian lama berkawan, macam ni die buat kat akak. Last-last pas cikgu dok ceramah kat die, akhirnya die mengaku yang die lah budak yang selama ni amik barang-barang akak dan kawan sekelas yang lain. Betul-betul tak sangka, die lah dalangnya selama ni.
Die terus dimasukkan ke detention kelas dan masa yang sama, mak bapak die pun dipanggil ngadap tuk bagi tau perangai Dahlia. Sejak hari tu, kami tak lagi berkawan. Ape gunanya berkawan? Ni ‘kawan makan kawan’ namenye.
From that day onwards, akak jadikan semua kejadian ni sebagai iktibar. Semenjak hari tu, akak lebih bijak mencari kawan, filter habis-habis. Ye la.. nanti kang termakan dek tupai lagi! Haha.
Masa kecik-kecik, mak selalu pesan. ‘Masa itu emas, nak.’ Terngiang-ngiang suara mak akak bila dia nasihatkan akak sampai la besar panjang. Walaupun nada dia bunyi macam garang dan tegas, tapi memang betul sangat nasihat dia. Kadang tu dia bebel-bebel lebih, so bawak bersabar je la kan haha! Typical la kan. Nama pun emak.. itu tanda dia sayang kat kita!
Masa kecik-kecik dulu, akak selalu habiskan masa tengok kartun kat TV dan main video game je. Kadang tu sampai homework sekolah pun ‘terlupa-lupa’ nak buat. Hmm.. sebenarnya kadang tu, memang malas nak buat! haha. Mak akak selalu marah ‘Kenapa la kau ni Jah pemalas benar la. Mak tak ajar kau jadi malas tau. Masa tu emas nak oi, baik kau habiskan masa untuk belajar dan buat kerja sekolah kau tu!’ Perghh.. memang pedih telinga, tapi kena hadap je la.
Akak banyak belajar daripada mak dan dengar nasihat mak. Lama-lama bila results exam akak makin teruk, satu hari akak nekadkan hati untuk jadi pelajar yang rajin dan baik untuk diri sendiri. Untung sebenarnya dengar cakap mak sebab lepas-lepas tu, results exam akak pun makin cemerlang. Akak pun dihadiahkan hadiah istimewa setiap kali akak dapat good results!
Sampai ke hari ni pun, akak dah jadi terbiasa akan habiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ada yang sampai kata akak ni tak reti duduk diam.. hehe. Memang betul pun, ada je benda nak buat. Ye la.. bak kata mak.. masa itu emas kan!
Kalau tak buat silap dan belajar dari kesilapan dalam kehidupan ni, memang takkan tau la makna sebenar pepatah tu. Terima kasih ibuku, jasamu sentiasa ku kenang. 🙂
Ilutrasi oleh Arian
Zaman bercinta masa kanak kanak memang sangat kelakar. Zaman ni kan innocent lagi dan semuanye sweet-sweet belaka.. hehe
Akak ingat lagi masa akak first start bercinta. Masa tu akak baru darjah 3 kot. Akak ade la minat la kat sorang budak ni. Nama die Rizal. Die handsome dan tinggi lampai.. macam org putih selalu gelarkan tall dark and handsome. Ye begitulah. Memang die tersangatlah tinggi, hitam manis dan handsome. Atlet sekolah pulak tu..
Akak kelas 3 Raya, die kelas 3 Kekwa. Kelas kami sebelah-sebelah je. Akak ingat lagi saat mula-mula minat kat die. Kalau akak nak gi toilet, selalu akan lalu kelas die.. sebab kalau nak pi toilet, memang kene lalu kelas die. Amik kesempatan terbaik la kan. Time lalu, akak mesti curi-curi pandang kat die. Akak tau die macam perasan la.. tapi lantaklah akak tak kisah pun kalau die tahu hihi.. sebab dalam hati, ada harapan die pun suke la kat akak ni.
Dalam diam-diam, die rupenya memang suka kat akak. Kawan baik die, Abu, ade la datang jumpe akak cakap ‘Khadijah, Rizal kirim salam..’ Perghhhh mase tu hati berbunga-bunga , jantung berdegup-degup kencang.. kuch kuch hota hai la hati akak masa tu.
Sehari selepas tu, Abu cakap Rizal ajak jumpe kat padang sekolah, kat bawah pokok. Memang ada satu pokok je kat padang tu, besar bagak dan rimbun. Akak rasa macam pelik bercampur excited. Tapi, apasal la jumpe kat padang, bawah pokok? Takde tempat lain ke nak jumpe? Anyway.. kenapa la romantic sgt budak ni.. ? Bicara hati.
Masa tu waktu rehat. Akak pun pegi la jumpe die, sampai sanggup tak makan waktu rehat ye hehe. Dup dap dup dap jantung tak dok diam. Gemuruh satu badan dibuatnye. Sampai-sampai je padang, akak nampak kelibat die, tegak je menunggu akak. Die tersenyum manja plak kat kite. Akak pun senyum balik kat die. Angin sepoi-sepoi bahasa pulak masa tu.. alahai indahnye. Agak lama kami saling berpandangan tak bersuara. Nak dekat 10min, baru die bukak mulut. ‘Awak dah makan ke?’ Allah.. die tanye pulak.. dah memang akak belum makan. Akak cakap ‘Tak sempat makan lagi.’ Lalu die hulur roti bun kat akak suh akak makan.. ala so sweetla. Akak pun dengan segan silu amiklah juga hehe.
Tengah dok syok dating, loceng dah berbunyi pulak sebab waktu rehat dah habis. Kami pun jalan la same-sama ke bilik darjah masing-masing.
Sampai je kelas die paling kat akak cakap ‘Nanti kite jumpe lagi ye.’ Akak senyum aje.. Tanda setuju.
Dari situ la mulanya start belajar bercinta..hehe. Amacam kisah cinta monyet Kak Jah? Kiut tak? 🙂