Zaman sekolah | 5 Ogos 2020

Masa kecik-kecik, mak selalu pesan. ‘Masa itu emas, nak.’ Terngiang-ngiang suara mak akak bila dia nasihatkan akak sampai la besar panjang. Walaupun nada dia bunyi macam garang dan tegas, tapi memang betul sangat nasihat dia. Kadang tu dia bebel-bebel lebih, so bawak bersabar je la kan haha! Typical la kan. Nama pun emak.. itu tanda dia sayang kat kita!

Masa kecik-kecik dulu, akak selalu habiskan masa tengok kartun kat TV dan main video game je. Kadang tu sampai homework sekolah pun ‘terlupa-lupa’ nak buat. Hmm.. sebenarnya kadang tu, memang malas nak buat! haha. Mak akak selalu marah ‘Kenapa la kau ni Jah pemalas benar la. Mak tak ajar kau jadi malas tau. Masa tu emas nak oi, baik kau habiskan masa untuk belajar dan buat kerja sekolah kau tu!’ Perghh.. memang pedih telinga, tapi kena hadap je la.

Akak banyak belajar daripada mak dan dengar nasihat mak. Lama-lama bila results exam akak makin teruk, satu hari akak nekadkan hati untuk jadi pelajar yang rajin dan baik untuk diri sendiri. Untung sebenarnya dengar cakap mak sebab lepas-lepas tu, results exam akak pun makin cemerlang. Akak pun dihadiahkan hadiah istimewa setiap kali akak dapat good results!

Sampai ke hari ni pun, akak dah jadi terbiasa akan habiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ada yang sampai kata akak ni tak reti duduk diam.. hehe. Memang betul pun, ada je benda nak buat. Ye la.. bak kata mak.. masa itu emas kan!

Kalau tak buat silap dan belajar dari kesilapan dalam kehidupan ni, memang takkan tau la makna sebenar pepatah tu. Terima kasih ibuku, jasamu sentiasa ku kenang. 🙂

Ilutrasi oleh Arian