Kelate English

24 Mac 2022

Korang mesti ada kawan-kawan yang asalnya dari negeri Kelantan kan. Dorang ni tak biasa berbahasa Inggeris, jadi bila cakap bahasa Inggeris atau ‘kecek luar’ katanya, ada slang-slang kelate gitu… hehe

Akak teringat masa kat uni, ada la beberapa course mate akak yang asal dari Kelantan. Kadang tu nak buat kita paham ape maksud die, memang payah. Cakap melayu pun payah nak paham, kalau English lagi la kan. Bila lama-lama bersama ngan dorang ni, baru la akak boleh faham kepayahan mereka berbahasa di negeri orang. Walaubagaimanapun, bila akak lama-lama bersama dengan mereka, boleh la pick up sikit apa yang sebenarnya mereka nak sampaikan.

Kisah pertama

Kawan saya : Madam, I dono how to do the asaingmeng. Keng you explaing plih.

Lecturer Z: Sorry, what was your question? I don’t quite get that.

Kawan saya: Allah, lagu mano nok wak madam pehe ni..? Saya tera semula deh. I dono how to do the asaingmeng. asaignmeng…

Lecturer Z: Oh you mean assignment ya? Oh hahha! Pardon me, I really don’t get what you’re trying to say just now my dear. Ok let me explain….

Kisah kedua

Kawan saya: Mek, mu nok make mano lunch hari ni?

Kak Jah: Tak tau la.. hmm tak kisah la, mana-mana pun ok je.

Kawan saya: Ok la lagu tu.. Make mekdono nok?

Kak Jah: Huh? Makan ape? Kat mana? Saya tak faham.

Kawan saya: rhoyak doh keh… mekdono la.. mekdono.. pehe dok?

Kak Jah: ape tu? mekdono tu ape? ‘Mek don’t know‘ ke maksud mek?

Kawan saya: Bukehhh.. mekdono la.. ado burger, fraih.. tau dok?

Kak Jah: la.. maksud kau Mekdi ke Mc…..?

Kawan saya: haaa.. panda pung..hahaha

Kami berdua tergelak bersama. Kelakar pun ada, kesian kat kawan pun ada, susah benar die nak buat akak paham..hehe

Kisah ketiga

Lecturer Z: Do you know what would happen to a metal rod when overheated?

Kawan saya: Sir, i know. Behkok.

Lecturer Z: Bay what?

Kawan saya: Behkok.. behkok.

Lecturer Z: I don’t quite get that. Can you say that again? Bay what?

Kawan saya: Allahu.. lagu mano nok explaing ni.. The metal bar be behkok, sir.

Lecturer Z masih tak faham jadi kawan akak Rina pun bantulah…

Rina: Sir, what my friend meant to say is that the metal bar would be bent. Bengkok is bent.

Lecturer Z: Ohh! Bengkok. Now I get it. I’m so sorry. hehe

Kisah keempat

Lecturer Z ternampak kawan akak ni masuk lewat ke kelas dan dia selambe masuk kelas ikut belakang kelas.

Lecturer Z: Hey abe! What are you late to my class?

Kawan saya: Oh I’m sorry sir. I overslek lah. Lah night, i hek to finih my work.

Lecturer Z: Abe, I don’t have a clue what you’re saying. Mind explain that again?

Kawan saya: I overslek sir, sorry.

Lecturer Z: Over what? slack? Why do you have to mention about slack? You’re slacking you mean?

Kawan saya: ah alamak. Slacking gapo ? Sir, I dong understang what you say.

Akak pun bantu la kawan ni sebab akak faham apa yang kawan akak ni maksudkan.

Kak Jah: Sir, what abe means to say that he is sorry for being late as he overslept this morning.

Satu kelas bantai gelak.. lama betul sesi nok pehe apo abe wang to say why he was late. 🙂

Cikgu disiplin

27 Februari 2022

‘Guru disiplin adalah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar di sekolah.’- diambil dari internet. Kisah kali ni mengimbau kembali zaman persekolahan masa sekolah dulu… kena denda ngan cikgu disiplin!

Masa akak sekolah rendah dulu, akak teringat ada la beberapa kali kena denda dari cikgu disiplin sebab datang lewat ke sekolah. Kalau sampai lebih 5 kali datang lewat, kena pegi menghadap cikgu disiplin yang bernama Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah ni garang dan tegas orangnya. Tau tak ape dendanya kalau datang lewat ke sekolah ? Kena ketuk ketampi 20 kali depan dewan masa perhimpunan. Dah la kena denda sebegitu rupa, malunya tak terkira. Yang datang lewat semua beratur panjang menghadap ke depan khalayak ramai kat dewan dan mula ketuk ketampi. Dah la kena buat serentak pulak tu. Kalau ada yang terlaju atau terlalu lembap, cikgu suruh ketuk ketampi sekali lagi. Kena synchronize katanya. Korang boleh bayangkan la berapa ramai murid yang gelak berdekah-dekah kat dalam dewan tu. Tiap-tiap minggu, ada je la murid yang kena ketuk ketampi sebab datang lewat. Jadi bahan hiburan pulak jadinya.. haha. Cikgu Hasnah selalu tekankan yang kita tidak boleh ambil ringan faktor kepentingan pengurusan masa dan ‘punctuality‘.

Akak dulu nakal jugak tau masa time sekolah menengah dulu. Akak selalu ponteng masuk ke sesi perhimpunan pagi-pagi di dewan. Perhimpunan tu dah la lama, meleret dan bosan, dok dengar pengetua membebel dan cikgu-cikgu berceramah, yang buat akak selalu ponteng tu. So, sebabkan ni la, selalu jugak kena tangkap ngan pengawas dan didenda sebab ponteng masuk perhimpunan. Dendanya tau ape tak? Kena lari kat padang, 2 pusingan besar kat padang yang sebesar-besar alam tu. Satu round je dah amik masa nak dekat 10 minit, ngan pakai uniform baju kurungnya lagi korang bayangkanlah. Sambil lari, sambil angkat kain sebab susah nak lari kan kalau pakai baju kurung. Nasib baik masuk all girls school, kalau tak.. naya la.. haha. Kalau time hari pakai baju PJ ok lagi. Berpeluh-peluh berlari, panas terik kadang tu lagi.. korang bayangkanlah. Hahahaha.

Ini diantara denda-denda lain yang dikenakan kalau langgar peraturan sekolah menengah atau rendah:

Budak lelaki yang bela rambut panjang lebih paras tengkuk – disebat dengan rotan sebanyak 3 kali

Murid yang ponteng sekolah atau tidak hadir kesekolah tanpa alasan muhasabah lebih 3 kali – masuk kelas detention

tak pakai tag nama – kutip sampah di persekiran sekolah

tak hadir latihan sukan – kena lari satu pusingan besar padang 5 kali

kasut kotor – kena bersihkan taman sekolah

Ini baru sikit ye, tu pun akak ingat-ingat lupa antara denda yang dikenakan. Ada yang kelakar dendanya, ada yang memalukan dan tak masuk akal pun ada. Tapi, apa boleh buat, denda terpaksa dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Denda ni sepatutnya mengajar kita agar lebih berdisiplin dan pandai menguruskan masa di mana-mana kita berada sebenarnya. Disiplin ni bukan takat kat sekolah je ya, bile dah habis sekolah pun disiplin tetap kena ada. Bila dah dewasa dan mula zaman pekerjaan, pun ada peraturan syarikat yang kita kena patuhi kan? Kena masuk kerja on time, tak boleh missing in action dan macam-macam lagi.

Jadi, kesimpulannya, ada banyak kebaikan dan kepentingan disiplin untuk diri kita ni. Ianya mengajar kita agar menjadi manusia yang lebih berhemah, professional dan berakhlak mulia. Sekian.. 🙂

Yeay! Hari Sukan!

13 Oktober 2020

Akak sering teringat zaman hingusan masa sekolah dulu. Terutama bila terlalu kat area sekolah lama akak, confirm teringat sejenak zaman kecil-kecil dulu. Akak pasti korang masa kat sekolah dulu mesti ramai yang look forward Hari Sukan kat sekolah korang kan? Akak pun same la. Tiap-tiap tahun, akak memang tertunggu-tunggu pengumuman bilanya Hari Sukan.

Akak masa sekolah rendah dulu sangat aktif masuk acara Hari Sukan. Akak dulu ahli Rumah Hijau. Rumah Hijau dulu terkenal bertahun lamanya sebab banyak melahirkan atlet-atlet yang hebat. Akak salah satunya la.. Chehhh nak jugak ‘angkat bakul’ sendiri kan.. Hihihi.

Tiap-tiap tahun, akak pasti akan terpilih untuk masuk acara sukan untuk sekolah. Yang paling akak gemar, lompat jauh dan larian baton 4 x 100m. Ni peberet akak. Akak biasa jaguh dua acara ni, sama ada dapat juara atau naib juara.

Ayah akak dulu sangat supportive dan die yang kadang terlebih excited bila akak dapat masuk acara Hari Sukan. Kebiasaannya, waktu pagi, die la yang akan kejutkan akak untuk cepat bersiap ke sekolah untuk Hari Sukan. Die siapkan sarapan pagi untuk akak, baju akak pun die siapkan sekali. Mak pun semangat bantu sama. Biasanya kalau Hari Sukan, satu rumah akan ikut. Penuh satu kereta dengan mak, ayah, adik beradik akak pun ikut sekali… semangat u ols! Duduk dalam kereta siap selang-selang, ade yang kedepan dan kebelakang, sebab tak muat. Time dulu, saman polis kat jalan jarang sekali, jadi ayah bole la ngelak.. hehe.

Sampai je kat sekolah, biasanya akak akan warm up dulu. Lepas tu, tolong team siapkan apa-apa yang patut sebelum bermula Hari Sukan. Ade satu masa ni, masa akak tengah warm up, ayah akak datang kasi ‘minyak kuda’. Minyak kuda ni minyak angin katanya, untuk mengurangkan kekejangan otot masa berlari nanti. Akak pun ambik la, sapu kat bahagian kaki akak. Best friend akak si Nia datang sambil tergelak kecil tengok akak gigih dok sapu minyak kat kaki. ‘Jah, amende yg kau sental kat kaki kau tu?’ Akak pun jawab la.. ‘Ni minyak kuda, ayah kasi… nanti kau lari takde la sengal ke sakit otot ke ape. Entah-entah kau boleh lari selaju cheetah!’ Nia dengar, die pun semangat..hehe. Kesudahannya, dua-dua keje dok menyental minyak kuda kat kaki..Hahahah.

Memang seronok masa Hari Sukan. Paling famous masa sekolah dulu, pertandingan ‘march pass‘ terbaik bagi rumah sukan dan hiasan terbaik rumah sukan. Selalunya, Rumah Hijau akan dapat juara atau naib juara jugak la. Seronok tengok semua murid-murid dan cikgu-cikgu bersiap-siap untuk Hari Sukan. Masa tu memang terserlah semangat kerjasama semua orang. Akak dulu sering jugak dipanggil cikgu untuk tolong design baju rumah sukan. Excited akak ngan kawan-kawan akak, kami sama-sama fikir idea baju macam mane untuk dipakai masa Hari Sukan nanti. Masa tu kaboot pun kadang melanda, sebab terlebih excited la kate kan. Hahaha!

Best sangat waktu zaman sekolah dulu terutama masa Hari Sukan la. Tu la antara penyeri hari-hari persekolahan dulu. Kenangan masa sekolah, Hari Sukan dan masa riang ria dengan kawan-kawan. Tak dinafikan, memoriku yang terindah. 🙂

Ilutrasi oleh Arian