Mata kat ‘henfon’

7 Oktober 2020

Zaman sekarang ni komunikasi face-to-face dah tak ada ke atau dah luput ditelan zaman?

Akak sedar zaman sekarang dah serba moden, dari segi teknologi, media dan sebagainya. Bukan manusia pun sepatutnya moden ke dari segi sikap dan tingkah laku? Sepatutnye la kan. Semua orang memang terjebak dengan kemodenan dunia ni. Model henfon baru keluar boleh dikatakan setiap 6 bulan, setahun, dah macam cendawan tumbuh.

Tapi pada pendapat akak, walau macam mana hebat henfon baru atau hebatnya teknologi sekarang, kita sebagai pengguna bijak, kena la ada batasannya kan? Kalau tak, ni.. mata tu kat situ je! Tak patut.

Akak kadang-kadang sedih dan kecewa tengok sesetengah manusia, mahupun di kedai makan, cafe ke atau majlis-majlis tertentu, sibuk dengan henfon masing-masing. Apa gunanya berjumpe? Ajak kawan berjumpa tapi tak bercakap? Ke manakah hilangnya etika dan tatasusila kita? Bayangkan.. satu masa nanti, tiada lagi perbualan rancak, borak-borak tanya kabar, gelak ketawa dan sebagainya? Manusia semakin negatif dan pentingkan diri sendiri. Ikatan persaudaraan dan persahabatan menjadi superficial!

Ada tu kadang akak tengok, pegi mall, sambil jalan mata kat handphone. Yang bapak, emak pun buat. Korang ni tak risau ke kat anak-anak yang dok perhati je tu? Tu yang korang nak ajar anak-anak korang? Nanti anak korang dah besar mereka buat sama sampai jadi anti sosial, jangan nak salahkan mereka. Nanti anak korang tak pandai berkomunikasi dengan orang, jangan juga salahkan mereka.

Akak sendiri pernah experience atau witness orang lain juga. Pegi jumpe client untuk meeting, akak dok present kat dorang, berbuih-buih mulut akak bercakap, mata dorang dok kat henfon je. Busy kononnya.. reply whatsap la, email la dan kononnya boleh multitasking? No such thing la multitasking. Otak kita ni dah terlatih untuk sepatutnya fokus membuat sesuatu, so kalau patut deria korang tu kene dengar, lihat dan fokus, jadi gunakanlah.

Bak kata pepatah ‘sedar dahulu pendapatan, sedar kemudian tiada gunanya’. Akak sendiri pernah jadi dalang henfon kejap suatu ketika dulu, sampai mengundang kekelam-kabootan akak, tapi akak dah tersedar. Kita ni manusia biasa, pasti akan berbuat silap. Jadi, muhasabah diri, lapangkan fikiran dan sedar la cepat-cepat kalau ada antara korang yang belum tersedar dari lamunan. Akak wish korang good luck dalam kehidupan ni dan semoga selamat dan maju jaya! Mata tu.. jangan dok kat henfon je u ols!

Ilutrasi oleh Arian

Budak zaman sekarang

2 Oktober 2020

Akak perhatikan budak-budak zaman sekarang kan bebeza betul dengan masa akak di zaman kanak-kanak dulu.

Yang pertama – budak-budak zaman sekarang lebih tertumpu kepada indoor games. Akak ingat lagi masa akak budak hingusan, balik sekolah je tak sabar nak main dengan kawan-kawan kat luar. Ada je aktiviti-aktiviti yang kami buat; panjat pokok, naik basikal, main inline skates, main kejar-kejar, main badminton dan sebagainya. Pelik budak-budak zaman sekarang ni, dorang tak suka main kat luar, kalau ajak keluar pun dorang malas. Lebih suka duduk rumah mengadap online games. Omaigosh. Kadang tu kene paksa dorang keluar kan untuk beriadah atau bersenam? Ajak ke mall ke. Nanti naik lemak la. Ni pemerhatian akak sendiri ye, dari anak-anak akak, kawan-kawannya dan budak-budak lain.

Yang kedua. Disebabkan point pertama tadi, budak-budak zaman sekarang kurang aktif bersukan dan disebabkan itulah imuniti badan dorang tak berapa bagus dan boleh mengundang obesiti. Kalau yang kurang aktif tapi amalkan diet seimbang takpe jugak, tapi yang banyak makan junk food, habislah. Mak bapak kene monitor la kan.

Yang ketiga. Taste musik dorang memang pelik-pelik. Korang yang mak-mak seangkatan dengan akak akan memahami. Musik kita masa zaman dulu zaman 80s, 90s, semua berseni.. melodi best-best , lirik pun kena dengan lagu.. tu yang evergreen sampai sekarang akak masih dengar lagu-lagu zaman tu. Yang kelakarnya, ada la jugak akak kasi anak akak dengar lagu-lagu akak, die cakap ‘ Pelik la lagu mommy‘. Tu jawabnya.. haha. Akak tak blame the kids nowadays la.. tu je musik yang diorang exposed kan, musik yang berkumandang hari-hari kat radio dan segala yang dalam media elektronik sekarang. Zaman sekarang nye lagu, melodi kurang menarik dan akak perasan especially lagu-lagu barat, lirik dorang tak masuk akal, ada tu yang berunsurkan seksual atau rebel. Budak-budak ni dok nyanyi je tak faham lirik yang dinyanyikan. Budak-budak kan.. mentah lagi. Nak-nak yang berumur 12 tahun ke bawah. Kita ni mak bapak kene observe trend musik terkini, selamat ke atau elok ke tak kan. Mana yang tak elok, harus ditegur la, dielakkan dan jangan dibiarkan.

Yang keempat. Ni bagi akak yang paling menakutkan. Cyber bulling. Yang ni akak boleh go on and on la. Anak-anak korang yang aktif kat media sosial tu kan, pantau la sebaik-baiknya. Akak risau sangat masalah cyber bulling ni. Akak banyak dengar kisah benar luahan hati kawan-kawan akak pasal anak-anak dorang. Antaranya, budak-budak ni banyak kene buli, kene hina kat media sosial ni. Ada tu sampai tak tahan sampai nak bunuh diri. Kes sebegini banyak kat negara luar contoh Amerika dan negara-negara Eropah. Kes bunuh diri makin meningkat bagi kanak-kanak. Negara-negara Asia pun ada tapi kes mungkin belum begitu banyak. Scary ye mak-mak. Anak-anak akak belum ada social media, elok la tu, tapi kalau one day dorang ada, akak kene nasihat dorang betul-betul.

Yang kelima. Akak perhatikan bukan anak akak je, budak-budak zaman sekarang ni suka cakap omputih je. Sesama dorang dok petah cakap bahasa Inggeris. Ni akibat banyak exposed kepada TV, kartun atau bahan-bahan media elektronik yang dorang dok tengok tu la. Kadang tu, akak tanya anak akak dalam bahasa Melayu, jawabnye dalam bahasa Inggeris.. ish ish budak ni. Kalau exam kan, English memang dorang dapat A nye la. Kalau Bahasa Melayu, hmmm.. memang lemah la. Zaman kita dulu, lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Melayu kan, takde la cakap omputih je.. haha. Akak rasa as parents, kita kene jugak tekankan bahasa kebangsaan kita ni, try la bercakap dengan dorang dalam bahasa baku, hopefully boleh improve bahasa melayu dorang tu kan. Usaha la macam mana pun. Akak pun tak la terror sangat, tapi kene jugak la kan.

Kita sebagai mak bapak of course nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan. Dari pelajaran, keselamatan, sampai la kesihatan dorang. Yang soon to be parents akak doakan korang akan menjadi parents yang baik. Budak-budak zaman sekarang ni sangat berbeza, dari segi perangai, lifestyle, kegemaran, hobi dan sebagainya. Kita pun kene adapt dan sentiasa observe trend terkini zaman sekarang, kalau tak ketinggalan nanti dan boleh jadi bahan gelak anak-anak korang! Good luck untuk semua mak bapak ye.