Perihal haiwan | 10 Ogos 2020

Dalam banyak-banyak binatang binatang apakah yang anda paling geli? Jawapan akak ialah segala spesis binatang yang berongga, berkulit dan berbadan lembut dan melekit-lekit contohnya cicak, ulat, cacing, beluncas dan seangkatan dengannya. Spesis yang bersisik macam ular, akak ok je sebab kulit die keras dan badan die tak lembut. Pelik kan.. tapi benar.

Ada la suatu pagi ni kan, akak ngan suami pegi beli barang runcit kat supermarket dekat ngan rumah kami. Pas settle shopping barang, akak pun berjalan balik ke arah kereta. Suami akak pegi bayar tiket parking.

Sampai-sampai je kereta, akak letak barang dulu dalam but kereta, pas tu bukak pintu nak duduk dalam kereta sementara tunggu suami akak.

Baru je hempas punggung kat seat kereta, akak tetiba terpaku sejenak.. ternampak kelibat benda Allah yang tengah elok lepak atas dashboard kereta kami. Cicak tu pandang je ke arah akak dengan mata die yang besar, hitam dan bulat. Cicak ni pelik, kulit die ada belang hitam, cicak hutan barangkali.

Akak dengan pantas terus keluar kereta. Akak terus pergi ke arah suami akak yang baru je selesai bayar parking. Akak pun cerita la kat dia. ‘Bang, ada cicak dalam kereta kita bang. Die dok relax atas dashboard kereta kita. Macam mane ni bang? ‘ Cara akak cerita penuh ekspresi macam masalah negara betul. Suami akak gelak je dan macam tak heran langsung keletah akak yang tengah panic tu. ‘La.. cicak je.. bukannya ular pun.. Takyah takut la! Jom pegi kereta. Abang tau la apa nak buat.’ Itu je jawabnya? Hmpphh tak bersimpati langsung.. haha!

Sesampai je kereta, suami akak bukak pintu kereta, dan jenguk-jenguk dashboard kereta, lepas tu die bukak semua pintu kereta. Akak jadi tambah risau. ‘Napa bang? Cicak tu dah hilang ke?’ Suami akak angguk kepala dan signal akak suruh akak diam. Lama die dok cari cicak tu sampai bawah kereta masih tak jumpa-jumpa.

Suami akak suruk akak masuk balik kereta. ‘Jah, tak jumpe la cicak tu. Kita balik je la. Nanti sampai rumah abang cari lagi. Cicak tu tengah takut tu.. pasti die tengah nyorok kat dalam kereta ni.’ Akak takut nak masuk balik. Akak cakap ‘Takut la bang, kang tetiba dia keluar pulak! lepas tu Jah panic, Jah jerit, pas tu abang pulak terkejut, bahaya.. nanti kang accident! Tak mau tak mau!’ Suami akak bengang je.. ‘Ok la ok la.. kita tunggu je la nampaknya..’ jawabnya.

Pas 20 minit, tiba-tiba, cicak tu merangkak keluar perlahan-lahan dari mana entah pegi dekat ngan dashboard kereta. Pelik! Dari mana die keluar tu, tetiba je muncul. ‘Cicak ni pandai teleport la agaknya Yang! Hahahaha!’ Suami akak gelak sarcastic. Suami akak pun pegi halau cicak tu keluar kereta. Alhamdulillah selesai masalah negara kami hehe. Hari tu punya plan nak masak lunch pun terkubur je la. Mana tak nye, masa lama habis.. cicak nye pasal! Akhirnya laki bini pegi makan ayam ‘ke-ep-ci’ je la.

Cicak oh cicak.