Lori terlajak

15 Disember 2021

Kisah kali ni memang pelik, kelakar tapi benar. Kak Jah tak pasti kalau korang pernah melalui pengalaman sebegini.

Keluarga akak tinggal di kawasan perumahan ‘gated community‘ di Shah Alam. Pagi-pagi kami pada setiap minggu sentiasa diuji dengan kehadiran dan kemelut lori terlajak. Korang mesti tak faham kan apa yang akak maksudkan. Well, beginilah ceritanya.

Lori terlajak ni akan datang ke kawasan rumah kami sebanyak tiga kali seminggu untuk mengambil sampah-sampah di kejiranan kami. Datangnya sesuka hati, kadang sebelum Subuh, tengah hari dan kadang tu nak dekat Maghrib baru datang.

Hairan betul. Sudah kami luahkan pada pihak yang berkuasa, akan tetapi tiada tindakan pun yang diambil. Timing lari kami boleh bersabar lagi, tapi yang kami tak tahan tu dah la mereka datang sesuka hati tak kira masa, drebar lori memandu lori laju sangat pulak tu. Kami laki bini selalu kelam kabut dan terpaksa bergegas ambil sampah untuk dibawa ke depan rumah kami. Paling tak tahan, kami banyak kali terpaksa berlari mengejar lori tu, dengan plastik sampah ye dalam tangan! Ada satu masa ni, akak terpaksa menjerit ‘woi tunggu tunggu!’ sebab lori tu dah terlajak sangat. Masa tu akak nampak jiran sebelah rumah pun berlari sama kejar lori sampah tu. Dia pun kelewatan jugak la tu. Kami berdua tergelak-gelak sama sambil menyumpah-nyumpah sebab tak puas hati. Haha!

Memang tak patut la. Dah la datang tak tentu masa, paling-paling drebar lori tu patut pandu la perlahan sedikit agar kami tak kelam kabut. Aduhai. Ni la kisah kami. Minggu depan terpaksa hadap lagi dilema yang sama – dilema lori terlajak! Sampai bila kemelut ni akan berakhir pun tak tahu la ya.

Sekian.

Pantun kaboot

17 November 2021

Masuk ke hutan terjumpa rusa,

Elok melepak di tepi sungai,

Mulut yang bisa akan binasa,

Jagalah diri, hati dan perangai.

Masuk ke pekan bersama ayah,

Hendak membeli alatan pejabat,

Jangan dikira penat dan lelah,

Agar berjaya dunia akhirat.

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang,

Kawan yang baik susah dicari,

Yang senang ku jumpa kuat tembelang.

Gendang gendut tali kecapi,

Tali rafia berjuntai-juntai,

Perit hidup harus kita hadapi,

Agar impian akan tercapai.

Kuah tumpah ke nasi

19 Mac 2021

Pepatah melayu ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ ni sering kita dengar kan. Maksudnya, baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.

Zaman kecik-kecik dulu, akak tak mengenal makna sebenar pepatah ni. Tapi bila dah besar, baru akak sedar. ada perangai kita ni yang terikut-ikut perangai ayah atau ibu. Yang baik, yang buruk mahupun yang pelik.

Bila dah ada anak sendiri baru akak sedar, ibu bapa ni memainkan peranan yang sangat penting. Bukan sekadar membesarkan mereka semata-mata, itu by default memang dah tanggungjawab kita, tapi kita sebagai ibu bapa seharusnya mengajar mereka erti hidup, binakan budaya kekeluargaan yang baik, etika yang baik dan preparekan dorang for life, so that dorang tak lost bila nak deal zaman kedewasaan nanti.

Jiran akak dulu pernah nasihatkan akak masa akak mula-mula menjadi ibu. Katanya, anak tu pasti akan ikut jejak langkah kita. Baiknye kita baiklah anak tu, malasnya kita anak pun akan jadi malas, jahatnya kita anak akan mengikut. Akak amik ringan semua tu masa tu, sebab fikir, alahh kecik lagi anak aku ni, nanti-nanti je la fikir benda ni.. but, silap tu.

Like the saying, everything starts from home tu benar. Semuanya bermula dari rumah dan harus dari kecik lagi anak-anak ni terlatih semua benda yang patut dorang tau.

Akak dulu ada kawan baik, Sara namanya. Mak bapak Sara jarang kasi perhatian kat die, sibuk sangat berkerja. Budak tu end up selalu ponteng sekolah dan lari dari rumah. Ada satu masa die lari terus pegi rumah akak, nak tumpang tido katanya. Die kata bosan duduk rumah, takde sesiapa yang boleh layan die. Kesian kan. Mak bapak kaya, berkerjaya, harta kiri kanan, tapi anak terbiar. Mak bapak sibuk keluar cari rezeki, anak terbiar dan sibuk keluar cari perhatian. Hmm ni tak patut kan.

Berbalik kepada cerita. Akak ada tabiat suka makan nasi dengan lauk tak berkuah. Lama akak fikir mana ikut tabiat pelik ni. Rupa-rupanya ayah akak yang ajar. Mak pulak ade tabiat kuat melatah, akak pun terikut sama. Pantang terkejut, mesti melatah. Hehe. Now ni, takde la nak melatah sangat, kene control semua tu kalau tak, abis kene ejek ngan kawan-kawan.

So, moral of the story. Berhati-hatilah mengajar anak tu. Mana salah silap kita, betulkan cepat-cepat agar anak tak ikut sama. Scary kan kalau fikir? Anak tu umpama cermin diri kita. Eloknya kita, insyaallah eloklah anak tu. Jagalah dan peliharalah mereka, harta paling berharga dengan seelok-eloknya. Baik sedar sekarang daripada terlambat kan? Renung-renungkanlah.

Sekian.